Skip to main content

Malaysia

Penggiat pelancongan Pulau Pinang diminta adaptasi AI, tarik lebih ramai pelancong

GEORGE TOWN, March 5 — Exco for Tourism and Creative Economy, Wong Hon Wai, attends the Business Forum Kazakhstan-Malaysia titled ‘Discover The Heart of Eurasia’ today.  The forum explores opportunities in a vast and emerging market, covering various sectors such as development, manufacturing, tourism, minerals and mining, education, and other investment prospects.  —fotoBERNAMA (2025) COPY RIGHT RESERVED
Wong berkata kerajaan negeri melalui agensi Digital Penang turut giat menggalakkan transformasi digital dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

GEORGE TOWN: Penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang diminta segera mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan daya saing, memperkukuh pemasaran digital dan memenuhi perubahan corak perjalanan pelancongan global bagi menarik lebih ramai pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata pelaksanaan AI bukan lagi pilihan, sebaliknya keperluan selaras dengan hala tuju negara susulan pelancaran pelan tindakan AI pada peringkat Persekutuan, yang menjadi visi menyeluruh merangkumi kerajaan, industri dan masyarakat.

"Teknologi AI kini semakin meluas digunakan dalam industri pelancongan dunia termasuk perkhidmatan hotel, pemasaran digital dan cadangan destinasi serta premis makanan kepada pelancong.

''Pengusaha hotel, restoran, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memperkukuh strategi pemasaran digital dengan memanfaatkan platform yang dijana AI bagi memastikan perniagaan mereka lebih mudah diakses pelanggan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penang Digitalisation Al Conference and Exhibition (PDX 2026), di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Baru, di sini hari ini.

PDX 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan ahli perniagaan, pembuat dasar, penyelidik, usahawan dan inovator muda dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Jepun.

Mengulas mengenai promosi makanan Pulau Pinang, Wong berkata negeri itu kini berada dalam Michelin Guide bersama Kuala Lumpur, sekali gus meletakkan ia dalam radar pelancong antarabangsa yang mencari destinasi makanan terbaik, dan meningkatkan keterlihatan negeri itu dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui agensi Digital Penang turut giat menggalakkan transformasi digital dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus meneroka pelbagai penyelesaian digital dan AI bagi memperkukuh ekosistem pelancongan serta memastikan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pilihan pelancong dunia.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement