awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggiat seni bertanggungjawab hasilkan karya tidak bertentangan akidah - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
25/03/2025
11:12 MYT
Penggiat seni bertanggungjawab hasilkan karya tidak bertentangan akidah - Mohd Na'im
Berkenaan isu paparan unsur LGBT dalam drama tempatan, Mohd Naim berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan garis panduan yang jelas sebagai rujukan pihak produksi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penggiat industri perfileman dan drama tempatan perlu lebih bertanggungjawab dalam berkarya supaya bebas daripada unsur bertentangan akidah dan nilai Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Mengulas isu paparan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam drama tempatan, beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan garis panduan yang jelas sebagai rujukan pihak produksi.
"Kalau dikatakan ada unsur LGBT dan memang jelas nilai bertentangan Islam, sepatutnya kita tidak bawa (hasilkan), apatah lagi ditayangkan semasa Ramadan, bulan mulia (kepada umat Islam).
"Apa nilai hendak kita bawa? sebab saya rasa drama juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyertai program World #QuranHour 2025 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah drama yang ditayangkan di stesen televisyen berbayar tempatan yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini kerana memaparkan unsur tidak bermoral.
Sementara itu, berhubung situasi di Gaza, Mohd Na'im menegaskan umat Islam perlu bersatu dan senada dalam mempertahankan hak rakyat Palestin seperti terkandung dalam surah As-Saff, iaitu surah pilihan pada edisi World #QuranHour kali ini.
Surah As-Saff, antara lain mengandungi seruan supaya umat Islam bersatu dan mencontohi semangat Hawariyyun, iaitu pembantu agama Allah dalam kalangan pengikut Nabi Isa A.S, dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
"Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu bagaikan 'bunyanun marsus' iaitu satu binaan kukuh dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin daripada cengkaman zionis Israel," katanya memetik kalimah yang disebut dalam surah tersebut.
Mohd Na'im berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk bacaan doa qunut nazilah selepas solat sunat Aidilfitri bagi mendoakan kesejahteraan saudara Islam di Gaza.
World #QuranHour 2025 yang memasuki edisi ke-10 berlangsung serentak di 313 lokasi melibatkan 79 negara.
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyertai program itu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penggiat seni
#pembikin filem
#karya
#tanggungjawab
#akidah
#nilai Islam
#LGBT
#garis panduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan