MALAYSIA
Penggubal dasar ASEAN nyatakan kebimbangan mengenai piawaian keluli di rantau ini - Liew
Liew berkata walaupun persatuan keluli ASEAN berhubung antara satu sama lain melalui SEAISI, kerajaan negara anggota ASEAN dilihat tidak berbincang antara satu sama lain mengenai industri keluli. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Penggubal dasar ASEAN menyatakan kebimbangan mereka mengenai keperluan untuk memastikan bahawa hanya keluli berkualiti tinggi digunakan dalam pembinaan bangunan pencakar langit di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata penggubal dasar kini bersetuju untuk mencadangkan kepada kerajaan masing-masing agar ditubuhkan Majlis Keluli ASEAN.
Katanya majlis itu akan menghimpunkan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keluli dalam perbincangan isu-isu bersama dengan lebih tersusun dan rasmi.
"Kebimbangan mereka timbul berikutan gempa bumi yang telah berlaku di Thailand dan Myanmar, selain risiko gempa bumi di rantau ini.
"Semenanjung Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman gempa bumi seperti yang berlaku di Segamat, Johor baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Liew berkata walaupun persatuan keluli ASEAN berhubung antara satu sama lain melalui Institut Besi dan Keluli Asia Tenggara (SEAISI), kerajaan negara anggota ASEAN dilihat tidak berbincang antara satu sama lain mengenai industri keluli.
"Biasanya, pegawai perdagangan ASEAN akan mengadakan pertemuan secara berkala tetapi mereka yang bertanggungjawab ke atas industri jarang keluar dari negara masing-masing.
"Pembangunan perindustrian dianggap sebagai perkara domestik dan selalunya setiap negara melihat mereka bersaing dengan negara jiran mereka untuk pelaburan asing," katanya.
Liew telah mempengerusikan bersama sidang meja bulat mengenai industri keluli yang kali pertama diadakan dengan Setiausaha Agung SEAISI Yeoh Wee Jin baru-baru ini, dengan kehadiran para pegawai dari Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.
Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu lain, termasuk pengurusan kapasiti keluli, agenda nyahkarbon, isu-isu perdagangan seperti lambakan dan timbal balas serta pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan kemahiran.
-- BERNAMA