awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguguran Nasharudin bermotif politik - Najib

Bernama
Bernama
28/01/2013
12:38 MYT
Pengguguran Nasharudin bermotif politik - Najib
Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS. "Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini hari ini.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata semalam bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai. "Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tuin Razak
#Nasharudin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan