awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna dinasihat berwaspada tawaran luar biasa kedai emas

Bernama
Bernama
10/04/2021
10:25 MYT
Pengguna dinasihat berwaspada tawaran luar biasa kedai emas
Azman berkata, pengguna sendiri perlu bijak melindungi diri mereka daripada urusniaga yang merugikan. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka ketika membuat pembelian barangan kemas serta tidak mudah terpedaya dengan promosi kedai-kedai emas terutama jika harga yang ditawarkan di luar daripada kebiasaan.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata walaupun ada undang-undang jelas bagi membanteras penipuan, namun pengguna sendiri perlu bijak melindungi diri mereka daripada urusniaga yang merugikan.
"Apabila hendak membeli emas, pengguna perlu membuat pilihan membeli di tempat yang betul, jangan tertarik dengan harga di luar daripada kebiasaan sebab kemungkinan ada unsur-unsur yang tidak betul di situ.
"Jadi kita nak nasihatkan pengguna yang hendak memiliki emas, terutama secara dalam talian juga kena tengok penjual itu mestilah yang berdaftar dan dipercayai, tetapi saya menasihatkan pengguna untuk bijak membuat penilaian sebelum membuat pembelian," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis sambutan Hari Pengguna Kebangsaan peringkat negeri Kedah 2021 dan kempen pembudayaan norma baharu COVID-19 di pasar-pasar utama yang dirasmikan Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Azman berkata pihaknya telah menerima lapan aduan daripada pengguna pada tahun ini berkaitan harga emas yang mengelirukan oleh peniaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai emas
#tawaran luar biasa
#barang kemas
#KPDNHEP
#promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan