GADGETS
Pengguna Instagram kini boleh kongsi lagu sedang dimainkan di Spotify terus ke Notes
Instagram kini membolehkan pengguna menetapkan lagu Spotify yang sedang dimainkan sebagai Notes dengan memautkan akaun Spotify ke Instagram. -Amanz
INSTAGRAM kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan lagu Spotify yang sedang dimainkan sebagai Notes.
Ringkasan AI
- Instagram kini membolehkan pengguna menetapkan lagu Spotify yang sedang dimainkan sebagai Notes dengan memautkan akaun Spotify ke Instagram.
- Ciri ini membolehkan lagu dipaparkan secara automatik dalam Notes dan boleh terus dimainkan di Spotify apabila ditekan oleh pengikut.
- Pengguna boleh membatalkan pautan akaun bila-bila masa melalui tetapan jika tidak mahu berkongsi muzik yang didengari.
Dengan memautkan akaun Spotify ke dalam Notes, Instagram kini boleh mengenal pasti lagu yang dimainkan dan membenarkan pengguna menambahnya ke Notes secara automatik.
Apabila kenalan atau pengikut anda tekan pada lagu tersebut, mereka akan dibawa terus ke halaman lagu berkenaan di Spotify.
Sebelum itu, beberapa notifikasi akan dipaparkan bagi mendapatkan persetujuan untuk menghubungkan akaun.
Selepas kebenaran diberikan, mereka akan dibawa ke halaman Spotify untuk memainkan lagu dan menambahnya ke senarai main supaya boleh didengari bila-bila masa.
Ciri ini memberikan pengalaman lebih lancar berbanding perkongsian lagu biasa dalam Notes kerana pengguna tidak perlu mencari sendiri lagu dari senarai.
Ia juga lebih menarik daripada perkongsian lagu Spotify dalam Stories kerana membenarkan pratonton lagu bukan sekadar memaparkan imej album.
Selain itu, pilihan muzik lebih banyak menjadikannya lebih sesuai untuk pelbagai cita rasa pengguna.
Bagi mereka yang mungkin kurang selesa berkongsi genre muzik yang didengari, jangan risau kerana anda masih boleh membatalkan pautan antara Instagram dan Spotify. Pergi ke Profile > Menu (tiga garisan) > Your Apps & Media > Spotify > Unlink.
Selepas itu, akaun Spotify anda tidak lagi akan disambungkan ke Instagram. -Amanz