GADGETS

Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas

Amanz 02/01/2026 | 11:31 MYT
Pemilik iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max melaporkan masalah bunyi siulan daripada pembesar suara semasa pengecasan, terutamanya menggunakan kabel USB-C dan dalam beberapa versi iOS 26. -Foto Amanz
BEBERAPA pemilik iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max melaporkan masalah bunyi siulan daripada pembesar suara ketika telefon dicas.


Ringkasan AI
  • Pemilik iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max melaporkan masalah bunyi siulan daripada pembesar suara semasa pengecasan, terutamanya menggunakan kabel USB-C dan dalam beberapa versi iOS 26.
  • Isu ini menjejaskan pengguna dari pelbagai negara termasuk Sepanyol dan Eropah, dengan bunyi disifatkan sebagai statik pada radio lama dan lebih ketara pada pembesar suara bawah telefon.
  • Bunyi siulan ini muncul walaupun tiada audio dimainkan, disambungkan ke pengecas, dan kadang-kadang berterusan sehingga pengguna terpaksa mengecas telefon di bilik lain pada waktu malam. Apple masih belum memberikan respons rasmi terhadap masalah ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Masalah ini dilaporkan berlaku terutamanya semasa pengecasan menggunakan kabel USB-C dan berterusan dalam beberapa versi iOS 26.

Bunyi itu digambarkan sebagai siulan pelik yang muncul walaupun tiada audio dimainkan dan hilang sebaik sahaja telefon dicabut daripada pengecas.

Pengguna dari pelbagai negara termasuk Sepanyol dan Eropah turut melaporkan perkara sama, sekali gus menunjukkan isu ini bukan terpencil.

Mereka yang terjejas bersetuju bunyi tersebut menyerupai statik pada radio lama.

Bunyi mendesis paling ketara pada pembesar suara bawah iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max malah ada yang mendengar bunyi siulan halus ketika menggunakan antara muka semasa peranti dicas.

Masalah ini biasanya lebih ketara apabila kelantangan dikurangkan atau disenyapkan.

Ada pengguna melaporkan dengungan pada tahap bunyi rendah manakala yang lain mendapati bunyi berterusan walaupun tiada audio dimainkan.

Malah hanya menyambungkan peranti kepada pengecas sudah cukup untuk menghasilkan bunyi tersebut.

Dalam situasi tertentu, sesetengah pengguna memilih mengecas telefon di bilik lain agar tidak terganggu pada waktu malam.

Setakat ini, Apple masih belum memberikan respons rasmi, manakala pengguna di Sepanyol dan Eropah dilaporkan menggunakan tampalan sekuriti sementara serta menganggap masalah ini sebagai pepijat yang perlu diperbaiki. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah masalah yang dilaporkan oleh beberapa pemilik iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max?
    A: Bunyi siulan daripada pembesar suara ketika telefon dicas dilaporkan sebagai masalah utama.
  • Q: Apakah faktor yang menyebabkan bunyi siulan tersebut muncul?
    A: Bunyi siulan pelik berlaku terutamanya semasa pengecasan menggunakan kabel USB-C dan berterusan dalam beberapa versi iOS 26.
  • Q: Bagaimana pengguna menggambarkan bunyi siulan yang dikeluhkan?
    A: Bunyi tersebut disifatkan sebagai siulan pelik yang muncul walaupun tiada audio dimainkan dan hilang sebaik sahaja telefon dicabut daripada pengecas.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh pengguna yang terjejas?
    A: Sesetengah pengguna memilih mengecas telefon di bilik lain agar tidak terganggu pada waktu malam disebabkan oleh bunyi siulan tersebut.
  • Q: Apakah respons rasmi yang diberikan oleh Apple berkenaan masalah ini?
    A: Setakat ini, Apple masih belum memberikan respons rasmi terhadap masalah bunyi siulan daripada pembesar suara telefon iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.



#Apple #siulan pelik #pengecasan #USB-C #iOS 26