awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
UTeM, universiti Slovakia bangun makmal AI dan sibernetik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna kini boleh tetapkan had masa tatalan harian untuk kandungan YouTube Shorts

Amanz
Amanz
25/10/2025
08:49 MYT
Pengguna kini boleh tetapkan had masa tatalan harian untuk kandungan YouTube Shorts
YouTube memperkenalkan ciri baharu untuk menetapkan had masa tatalan Shorts bagi menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat. -Foto Amanz
YOUTUBE memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan had masa tatalan bagi kandungan Shorts menerusi aplikasi mudah alih.

Ringkasan AI
  • YouTube memperkenalkan ciri baharu untuk menetapkan had masa tatalan Shorts bagi menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat.
  • Ciri ini akan digabungkan dalam kawalan ibu bapa menjelang hujung tahun, membolehkan notifikasi tidak boleh ditutup bagi akaun yang diawasi.
  • Langkah ini sejajar dengan usaha platform lain seperti Instagram dan TikTok dalam meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi secara terkawal.

Langkah ini bertujuan untuk membantu pengguna mengawal masa tontonan serta menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat.
Ciri ini melengkapi fungsi pengurusan masa sedia ada seperti peringatan tidur (Bedtime) dan rehat (Take a Break) serta digabungkan dalam kawalan ibu bapa (Parental Controls) menjelang hujung tahun ini.
Apabila pengguna mencapai had masa yang ditetapkan, sistem akan memaparkan notifikasi yang boleh ditutup sebagai tanda tatalan Shorts dihentikan untuk hari tersebut.
Bagi akaun yang diawasi, ibu bapa boleh menetapkan notifikasi yang tidak boleh ditutup sekali gus memperkukuh kawalan terhadap masa tontonan anak-anak.
Langkah ini juga sejajar dengan usaha platform lain seperti Instagram dan TikTok yang turut menyediakan ciri pengurusan masa.
Dalam masa sama, ia dijangka dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan teknologi secara lebih terkawal. -Amanz
Topic Berkaitan
#YouTube
#ciri baharu
#had masa tatalan
#Shorts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan