KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menyarankan pengguna kuasa elektrik besar di negeri itu yang mempunyai set janakuasa sendiri untuk menyertai program Pengurusan Sisi Permintaan (DSM) bagi mengurangkan beban grid elektrik dan mengelak catuan bekalan kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata program DSM dilaksanakan sebagai mitigasi segera bermula 1 Mac lepas apabila margin simpanan menurun sehingga di bawah tahap selamat.
Beliau berkata program DSM telah diaktifkan beberapa kali bulan ini selepas set janakuasa di salah sebuah loji janakuasa utama dihenti tugas buat sementara waktu bagi pelaksanaan penyelenggaraan terancang yang tidak boleh ditangguhkan lagi.
"Set janakuasa itu akan terus dihenti tugas sehingga akhir bulan ini. Kejadian seumpama ini dijangka akan terus berulang sehingga penghujung tahun ini disebabkan margin simpanan yang rendah akibat kekurangan kapasiti penjanaan di Grid Sabah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya pengguna kuasa elektrik yang besar akan mengendalikan set janakuasa mereka atas arahan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ketika keadaan kekurangan kapasiti penjanaan tenaga yang kritikal.
"Setakat ini 19 pengguna kuasa elektrik yang besar telah menyertai program DSM ini dan ia berjaya mengurangkan beban grid sehingga 18MW ketika diaktifkan," katanya.
Beliau berkata ECoS dan SESB akan meneruskan usaha mengenal pasti pengguna berpotensi untuk menyertai program tersebut bagi memberikan kelegaan kepada sistem grid Sabah ketika waktu puncak.
"Pengguna yang menyertai program ini akan diberikan pampasan untuk penggunaan bahan bakar diesel sewaktu pengoperasian set janakuasa mereka dalam tempoh DSM, bagaimanapun catuan bekalan masih perlu dilakukan jika pengurangan beban grid melalui kaedah DSM ini tidak mencukupi," katanya.
Abdul Nasser jturut menggesa semua pengguna untuk mengamalkan penggunaan tenaga yang cekap dan menjimatkan, yang dapat membantu mengurangkan catuan bekalan di samping mengurangkan bil elektrik serta kadar pelepasan karbon.
Menurutnya antara contoh amalan penggunaan tenaga yang cekap dan menjimatkan adalah dengan menetapkan suhu penyaman udara pada 24 hingga 26 darjah Celsius.
"Perubahan suhu dari 20 kepada 24 darjah Celsius akan memberikan penjimatan 33 peratus tenaga elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Abdul Nasser berkata program DSM dilaksanakan sebagai mitigasi segera bermula 1 Mac lepas apabila margin simpanan menurun sehingga di bawah tahap selamat. - Foto LinkedIn
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.
Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.
Pengguna kuasa elektrik yang besar di Sabah disaran sertai DSM bagi kurangkan beban grid
ECoS menyarankan pengguna kuasa elektrik besar di negeri itu yang mempunyai set janakuasa sendiri untuk menyertai program DSM.
SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau
Sabah Electricity Sdn Bhd garap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi bukan penyebab banjir - SESB
Stesen itu direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai untuk menjana tenaga elektrik dan bukan melalui sistem empangan.
Beberapa kawasan di Sabah hadapi gangguan bekalan elektrik
Jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang Ahad.
SESB laksana pemotongan bekalan ke atas bil tertunggak lebih sembilan bulan
Terdapat kumpulan pengguna yang tidak membayar bil elektrik selama lebih sembilan bulan.
Sabah Electricity jamin tiada pengurangan pekerja
Pengarah Urusannya, Abd Razrak Salim berkata SESB akan terus beroperasi seperti biasa dengan kekuatan tenaga kerja sedia ada.