awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna mudah terperdaya dengan testimoni ubat tidak berdaftar

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2016
14:03 MYT
Pengguna mudah terperdaya dengan testimoni ubat tidak berdaftar
MOKHTAR: Ada segelintir peniaga yang rakus mengaut keuntungan sehingga sanggup membungkus dan menjenamakan semula produk dari negara itu tanpa rasa bersalah. - Gambar hiasan
Ramai pengguna yang sanggup mengambil risiko membeli produk kosmetik dan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dari negara jiran, Thailand sehingga mendatangkan kemudaratan.
Lebih dari itu, ada segelintir peniaga yang rakus mengaut keuntungan sehingga sanggup membungkus dan menjenamakan semula produk dari negara itu tanpa rasa bersalah.
Perkara itu didedahkan Ketua Cawangan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dari Jabatan Kesihatan Kedah, Mokhtar Abdullah yang menjadi faktor ramai pengguna terperdaya.
"Kalau satu satu produk kosmetik itu hanya mengandungi informasi di label di dalam bahasa asing, contohnya hanya dalam bahasa Thailand atau bahasa Cina, memang sah produk kesihatan itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Label pada produk kosmetik ini mestilah dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris," katanya.
Dalam pada itu jelasnya, pengguna mudah terperdaya dengan sesuatu produk selepas melihat testimoni yang dipamerkan tanpa menyedari ia boleh mengundang bahaya.
Tambahnya, produk dari negara jiran juga kebanyakkannya mempunyai hidrokuinon, merkuri dan tretinon yang boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi yang dikandung serta kemungkinan kanser kulit.
Menurut Mokhtar lagi, pihaknya melalui Unit Siber Jenayah di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan turut membuat pemantauan terhadap laman sosial seperti Facebook, Instagram termasuk laman sembang Wechat yang menjual produk-produk tidak berdaftar.
Katanya, sejak setahun lalu pihaknya telah beberapa kali mengambil tindakan dengan melaporkan pemilik laman sosial yang menawarkan iklan secara melampau-lampau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Dua pegawai juga ditempatkan di pintu masuk negara bagi menghalang kemasukan produk kecantikan tidak berdaftar.
"Bagaimanapun, kita percaya berlaku penyeludupan barangan terbabit dalam kuantiti yang kecil bagi mengelak dirampas dan berkemungkinan menggunakan laluan tikus.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kosmetik
#kulit cerah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan