Pengguna WeChat menurun, Facebook terus ungguli carta Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
November 20, 2017 11:48 MYT
Jailani berkongsi statistik menarik mengenai penggunaan media sosial di Dewan Rakyat. - Gambar fail
Apakah aplikasi media sosial dan pesanan jadi pilihan anda? Adakah ia terus mengungguli carta pilihan rakyat Malaysia atau semakin berkurangan.
Apa yang pasti, jika anda membaca berita ini, anda merupakan sebahagian daripada 24.5 juta pengguna internet di Malaysia sejak 2016 berbanding hanya 24.1 juta pada 2015.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari turut berkongsi beberapa statistik menarik berkenaan penggunaan media sosial di Dewan Rakyat hari ini.
Apa yang menarik adalah anggaran jumlah pengguna terhadap aplikasi media sosial dan pesanan.
Hanya aplikasi WeChat menunjukkan penurunan berbanding empat lagi aplikasi popular yang lain.
Berikut merupakan pecahan anggaran pemilik akaun media sosial dan pesanan di Malaysia antara 2015 dan 2016.
Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kajian pengguna internet 2017 turut menilai tahap kepenggunaan beberapa media sosial lain termasuk Google, LinkedIn dan beberapa lagi aplikasi lain.
#Facebook #Google #Internet #Jailani Johari #Media #rakyat #rakyat Malaysia #SKMM #WeChat