Penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini dilihat mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan negara dan ahli Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa hukum penggunaannya adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati dengan jelas bahawa mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.
Menurutnya, meskipun masyarakat boleh menerimanya sebagai mata wang, ketidakstabilan nilainya sekarang boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.
“Selain itu, ketiadaan badan berkuasa yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif, seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.
“Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya, iaitu mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat sedia ada,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya semalam bertajuk ‘Bayan Linnas #153: Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin’.
Zulkifli berkata, bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang bukan sahaja boleh memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum juga tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan Islam.
“Namun hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan kawal selia untuk mengelakkannya daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Zulkifli menambah, tindakan menyekat penggunaan mata wang berkenaan adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ atau menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
“Ini bagi memastikan mata wang ini tidak berlegar dalam kalangan masyarakat umum. Pemerintah dan badan berkuasa juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum.
“Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilapor berkata kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang digital.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde, bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital, kripto.
Sinar Harian
Sat Nov 17 2018
Meskipun masyarakat boleh menerimanya sebagai mata wang, ketidakstabilan nilainya sekarang boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto dijangka dibenarkan untuk beroperasi
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia.