MALAYSIA
Penggunaan ECOSS tidak jejas akses pembelian minyak masak peket - KPDN
Sejak pelaksanaan program rintis, sebanyak 111,480 transaksi direkodkan melalui aplikasi eCOSS dan 47,141 transaksi melalui buku log, membuktikan kedua-dua kaedah berfungsi dengan baik dan inklusif. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menafikan dakwaan penggunaan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) menyukarkan pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar mendapatkan minyak masak peket bersubsidi.
Ringkasan AI
Pengarah KPDN negeri Lilis Saslinda Pornomo berkata selain daripada penggunaan aplikasi itu melalui imbasan kod respons pantas (QR), alternatif lain turut disediakan iaitu pendaftaran secara manual melalui buku log yang disediakan oleh pihak pasar raya.
Beliau berkata kaedah itu antara lain membolehkan pengguna yang tidak memiliki telefon pintar tetap berpeluang mendapatkan minyak masak peket bersubsidi dengan sah dan teratur.
"Malah, sebelum pelaksanaan program rintis ini lagi kita telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pasar raya bagi memastikan kaedah pelaksanaan berjalan lancar serta tidak menjejaskan pengguna.
"Selain itu, kita juga telah menempatkan pegawai di kaunter jualan sepanjang lima hari pertama pelaksanaan untuk sesi 'training of trainers' (ToT) kepada pengguna dan pihak pasar raya terlibat bagi memastikan kelancaran sistem tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lilis Saslinda berkata setakat ini 111,480 transaksi pembelian direkodkan melalui aplikasi eCOSS, manakala 47,141 transaksi pembelian pula dilakukan secara pendaftaran menggunakan buku log sejak pelaksanaan program rintis dimulakan.
Beliau berkata jumlah itu membuktikan kedua-dua kaedah pembelian berfungsi dengan baik dan digunakan secara meluas oleh pengguna serta memastikan tiada pihak yang tercicir daripada menikmati manfaat subsidi, terutamanya golongan warga emas dan masyarakat yang menghadapi keterbatasan teknologi.
"Pada masa sama, kita juga menasihati pihak pasar raya agar memberi kerjasama penuh dengan memaklumkan pengguna mengenai pilihan pendaftaran manual yang tersedia selain anggota penguat kuasa juga akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kelancaran dan ketelusan pelaksanaan di lapangan, " katanya.
Program rintis eCOSS dimulakan di peringkat Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) pada 12 Julai dan program agihan minyak masak bersubsidi di Johor pula bermula pada 11 Ogos lepas.
Pengguna disarankan untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berhubung isu pembelian minyak masak peket bersubsidi melalui aplikasi WhatsApp di 019-848 8000, portal e-aduan@kpdn.gov.my, pusat panggilan 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.
Semalam, sebuah portal media melaporkan dakwaan dua lelaki yang berasa kecewa apabila gagal mendapatkan bekalan minyak masak peket hanya kerana tidak memiliki telefon pintar untuk mengimbas Kod QR.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPDN Johor menafikan dakwaan bahawa aplikasi eCOSS menyukarkan pengguna tanpa telefon pintar, dengan menjelaskan bahawa pendaftaran manual melalui buku log turut disediakan di pasar raya.
- Sejak pelaksanaan program rintis, sebanyak 111,480 transaksi direkodkan melalui aplikasi eCOSS dan 47,141 transaksi melalui buku log, membuktikan kedua-dua kaedah berfungsi dengan baik dan inklusif.
- KPDN menempatkan pegawai untuk sesi latihan dan terus memantau pelaksanaan sistem bagi memastikan kelancaran serta ketelusan, selain menyeru pengguna menyalurkan aduan melalui saluran rasmi yang disediakan.