Dua Kamera Retina dan beberapa peralatan penyaringan tambahan lain sumbangan Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd akan banyak membantu dalam usaha merawat pelbagai penyakit berkaitan retina, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata kamera bernilai RM150,000 itu akan digunakan sebagai pelopor dan perintis bagi Program Kesedaran Penyakit Retina (RDAP) di Kuala Lumpur dan Selangor, yang kemudian akan diperluas ke seluruh negara.
"Bagi penyakit retina, membuat penyaringan adalah jauh lebih sukar kerana retina terletak di belakang mata dan tidak mudah dilihat. Di peringkat antarabangsa, perakuan dibuat bahawa kamera retina adalah alat yang amat berkesan dan penting bagi menyaring penyakit retina," katanya pada majlis pelancaran Standard Chartered RDAP 2015 dan penyerahan kamera itu kepada Hospital Selayang di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan Dr Nor Fariza Ngah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Mahendra Gursahani dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd, Kwan Chee Sun.
Melalui program RDAP, pakar mata, pakar optometri, paramedik dan doktor penjagaan utama dari kementerian itu akan berganding bahu dengan Standard Chartered untuk mengadakan siri penyaringan penyakit retina sepanjang 2015 dan 2016 untuk mengenal pasti mereka yang menghidap retinopati diabetes.
Program itu menetapkan sasaran untuk membuat saringan terhadap 10,000 pesakit berpotensi yang terdiri daripada penghidap diebetes dari kawasan pinggir Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan luar bandar lain di negara ini.
Dr Hilmi berkata kira-kira setengah juta pesakit diabetes di Malaysia mengalami beberapa jenis retinopati, yang jika tidak dirawat, boleh menyebabkan buta berkekalan.
"Retinopati diabetes dikenali di seluruh dunia sebagai punca utama buta kekal dan tidak boleh diubati. Bagi pesakit yang mengalami diabetes mellitus, paras tinggi kandungan gula di dalam darah secara berterusan akan menyebabkan pembuluh darah di dalam retina mengecil, berdarah atau bocor," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Standard Chartered kerana komitmennya dalam projek itu.
Sementara itu, Kwan berkata 2,000 daripada staf sukarelanya akan mengambil bahagian dalam program berkenaan dengan menyertai wakil daripada hospital di pusat penjagaan utama untuk mengadakan jerayawara dan mendampingi pesakit berpotensi setiap minggu.
"Kami berharap, dengan terdapatnya peralatan dan tenaga kerja tambahan ini, kami akan dapat memberi kesan positif terhadap masyarakat tempatan bagi mencerminkan komitmen kami terhadap inisiatif global bank berkenaan, 'Seeing Is Believing', yang bertujuan menangani masalah buta dan cacat penglihatan yang boleh dielak."
Bernama
Fri Mar 27 2015
DR HILMI: Kamera retina adalah alat yang amat berkesan dan penting bagi menyaring penyakit retina
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Salman Rushdie buta sebelah mata
Salman turut menderita lebih 15 parut di dadanya kerana serangan berkenaan.
OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal
Program anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak dan Tourism Perak itu memberi peluang kepada peserta untuk mengenali komponen basikal sebelum memulakan pergerakan.
Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut
Hanya kerana impikan sebuah kerjaya, ibu kepada lima cahaya mata ini kini hilang penglihatannya.
Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.
Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis
Malek Issa disahkan buta sebelah mata kiri selepas beberapa hari ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.
Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur
Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.