GADGETS

Penggunaan lampu brek hadapan boleh kurangkan kemalangan

Amanz 06/06/2025 | 05:30 MYT
Penyelidik mencadangkan penggunaan lampu brek hadapan dan sisi berwarna hijau untuk meningkatkan keterlihatan, dan teknologi ini boleh diperkenalkan melalui kemas kini perisian tanpa ubah suai besar pada kenderaan sedia ada. -Amanz
LAMPU brek diperkenalkan pada tahun 1915 di bahagian belakang kereta bagi memberitahu pemandu yang mengekori kenderaan akan berhenti.


Ringkasan AI
  • Lampu brek mula diperkenalkan pada tahun 1915 dan lampu brek ketiga diwajibkan di Malaysia sejak 1995 untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
  • Kajian oleh TU Graz pada 2025 mendapati lampu brek di hadapan kenderaan boleh mengurangkan kemalangan di persimpangan sebanyak 7.515% dan mengurangkan kecederaan dalam 25% kes.
  • Penyelidik mencadangkan penggunaan lampu brek hadapan dan sisi berwarna hijau untuk meningkatkan keterlihatan, dan teknologi ini boleh diperkenalkan melalui kemas kini perisian tanpa ubah suai besar pada kenderaan sedia ada.


Pada tahun 1995, lampu brek ketiga mula menjadi mandatori di Malaysia bagi meningkatkan lagi keselamatan.

Pada tahun 2025, penyelidik dari Institut Keselamatan Kenderaan di Universiti Teknologi Graz (TU Graz), Austria mengeluarkan kajian yang mendapati lampu brek di hadapan boleh mengurangkan kemalangan.

Penyelidik melakukan analisa ke atas 200 kemalangan yang berlaku di persimpangan dan mendapati insiden kemalangan boleh dielakkan antara 7.5 – 15% jika lampu brek diletakkan di hadapan kenderaan.

Dalam 25% kes, kecederaan yang berlaku turut dapat dikurangkan kerana kelajuan kenderaan berjaya dikurangkan.

Lampu brek depan memberikan amaran kenderaan yang menghampiri simpang akan berhenti atau meneruskan perjalanan.

Pemandu kemudiannya boleh mengambil tindakan berpadanan mengikut situasi bagi mengelakkan kemalangan.

Penyelidik menyarankan lampu brek bukan sahaja diletakkan di hadapan tetapi juga di sisi kenderaan supaya lebih mudah dilihat kenderaan bertentangan.

Mereka turut menyarankan lampu brek berwarna hijau digunakan bagi membezakan dengan lampu brek belakang serta ia lebih mudah dilihat.

Sudah ada beberapa kenderaan EV dilengkapi lampu hadapan pelbagai warna sebagai hiasan.

Sistem lampu brek hadapan ini secara teorinya boleh diperkenalkan hari ini menerusi kemas kini perisian. Ia juga boleh ditambah kepada kenderaan sedia ada tanpa proses ubahsuai yang rumit.

Mungkin dalam masa terdekat, lampu brek hadapan seakan KITT daripada siri Knight Rider akan menjadi norma baharu pada kenderaan. -Amanz




#Lampu brek hadapan #lampu brek ketiga #lampu brek warna hijau #kemas kini perisian