PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Kenyataan KPKM hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai dalam sesi libat urus kementerian itu bersama pemain industri beras 13 Sept lepas ekoran pelarasan harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad pada 1 Sept.
Menurut KPKM, keputusan itu telah dimaklum kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras termasuk pihak pasar raya melalui surat edaran oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras bertarikh 13 Sept 2023.
"Perkara ini diputuskan secara bersama dengan mengambil kira tempoh masa dan kos diperlukan pihak pemborong beras untuk menggantikan kampit beras lama kepada kampit beras baharu," katanya.
Kementerian itu juga mengingatkan semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras agar mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan di bawahnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan peniaga yang didakwa menampal pelekat harga baharu untuk mengaut keuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Keputusan KPKM itu telah dimaklum kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras termasuk pihak pasar raya. - Sekadar gambar hiasan/Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara - KPKM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI).