KUALA LUMPUR: Penggunaan harian pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meningkat secara konsisten dengan purata 1.1 juta penggunaan sehari setakat semalam.
Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan daripada jumlah itu perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119, manakala purata penggunaan perkhidmatan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) adalah 258,710.
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22 Nov lepas.
"Angka tersebut merupakan tertinggi bagi penggunaan harian perkhidmatan kendalian Prasarana yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
"Pada awal 2020 (sebelum COVID-19), purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan Prasarana kira-kira 1.2 juta orang sehari," menurut kenyataan itu.
Menurut Prasarana peningkatan penggunaan harian yang konsisten itu antara lain didorong oleh inisiatif berterusan pihaknya bersama Rapid Rail dan Rapid Bus dalam mempertingkatkan pengalaman pengguna termasuk dari segi ketersediaan perkhidmatan dan keadaan fasiliti serta kemudahan awam.
Bagi perkhidmatan rel, Prasarana memaklumkan pihak Rapid Rail sedang berusaha menambah baik perkhidmatan untuk memastikan perjalanan yang lancar bagi penumpang di kesemua laluan kendaliannya.
Selain itu, Rapid Rail juga telah memulakan pengoperasian empat tren baharu bagi LRT Laluan Kelana Jaya di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV27) sejak September lepas dan ketika ini laluan tersebut secara purata beroperasi dengan 48 tren dan kekerapan purata tiga minit.
Penggunaan MRT Laluan Putrajaya dan Laluan Kajang juga menunjukkan angka yang memberangsangkan dengan purata penggunaan MRT Laluan Putrajaya pada November lepas sebanyak 127,872 berbanding 122,720 sebelumnya.
MRT Laluan Kajang turut mencatatkan peningkatan purata penggunaan harian daripada 219,576 pada Oktober kepada 225,705 pengguna pada November, dan bilangan tersebut dijangka terus bertambah menjelang awal tahun depan apabila bilangan tren ditambah kepada 36 buah dengan kekerapan empat minit.
Bagi perkhidmatan bas, Rapid Bas menjangkakan 1,000 bas akan beroperasi setiap hari menjelang hujung tahun ini iaitu peningkatan daripada 762 bas sedia ada, sejajar dengan permintaan bilangan perkhidmatan bas di sekitar lembah Klang yang semakin meningkat.
Kenyataan itu turut menyebut projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang (Jalan Rhu ke persimpangan Jalan Tun Razak) yang bermula 3 Julai lepas telah mencatat peningkatan jumlah pengguna sebanyak 15 peratus di koridor tersebut.
Dalam pada itu, menurut Prasarana 99 peratus fasiliti dan kemudahan awam di stesen termasuk lif dan eskalator ketika ini beroperasi secara normal.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu Prasarana komited menambah baik kesemua perkhidmatan rel dan bas serta fasiliti kemudahan awam di bawah kendaliannya secara berterusan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Langkah itu adalah selari dengan agenda pengangkutan awam yang menyasarkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119. - Gambar fail
Banjir di Arena Kepayang: Polis tempatkan balai bergerak mudahkan penduduk buat laporan
Balai polis bergerak ditempatkan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, bermula hari ini bertujuan memudahkan penduduk membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.
AWANI Tonight: ‘Brain rot’ Oxford word of the year 2024
The term “brain rot” has been announced as the Oxford Word of the Year for 2024, following a public vote on six shortlisted words that included “demure” and “dynamic pricing”.
AWANI Tonight: Floods: No need to postpone SPM exams - MOE
The Education Ministry confirms the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) exams will proceed as usual despite floods, with mechanisms in place to address flood-related issues.
AWANI Tonight: Balancing online safety with transparency, freedom of expression
The government is expected to table an Online Safety Bill and amendments to the Penal Code to tackle cyberbullying. Kemban Koletif’s Melissa Mohd Akhir stresses the importance of balancing protection with freedom of expression.
AstroBIZ melalui BIZone Watch Party hidupkan suasana tontonan sukan di sBRJ Corner
AstroBIZ meneruskan langkah proaktif memperkasa tontonan menerusi BIZone Watch Party, yang kini menjadi tumpuan ramai di restoran dan kafe terpilih.
Sitaan akaun bank Bersatu tidak boleh dilepas sehingga selesai perbicaraan - SPRM
"Akaun bank tersebut adalah 'subject matter' kepada siasatan serta pendakwaan dan ia tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan."
NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus
NAFAS menerima kontrak bekalan baja itu secara rundingan terus bagi pembekalan dan penghantaran baja kepada petani atau pesawah.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Peniaga sedekah dua tan ikan segar sehari bantu mangsa banjir
Seorang peniaga ikan mengagihkan kira-kira dua tan hasil laut secara percuma setiap hari untuk dimasak di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.
AWANI 7:45 [212/2024] – Potensi hujan lebat | Kementerian Pendidikan mampu uruskan banjir | Kekalkan kebebasan | Perbincangan bersama Johor
Jangkaan hujan berterusan 8 hingga 14 Disember di pantai timur.
SPM tetap diteruskan walaupun banjir.
Malaysia ketuai Asean, cabaran meminggirkan negara membangun.
Tiada keperluan semakan kadar air mentah ke Singapura.
SPM tetap diteruskan walaupun banjir.
Malaysia ketuai Asean, cabaran meminggirkan negara membangun.
Tiada keperluan semakan kadar air mentah ke Singapura.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
Thailand rasmikan hentian bas pertama dilengkapi pendingin hawa, WiFi
Ruang menunggu bas yang dijana kuasa solar di Seacon Square memastikan penumpang berasa nyaman dan gembira.