awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
21/03/2024
05:16 MYT
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Penggunaan teknologi terkini dan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dalam mencari penyelesaian baharu demi memelihara khazanah hutan negara perlu terus diperkukuh dalam mengekalkan kelestarian alam, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan, selaras komitmen negara pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
"Inovasi dalam sektor perhutanan merupakan elemen penting dalam mendepani cabaran alam sekitar global dan keperluan dalam memelihara hutan untuk generasi akan datang melalui gabungan sains dan teknologi serta penglibatan masyarakat," katanya dalam perutusan sempena Hari Hutan Antarabangsa hari ini.
Justeru Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melaksanakan pelbagai usaha dan inovasi bagi memastikan sektor perhutanan negara berkembang dan sentiasa relevan mengikut peredaran masa.
Nik Nazmi berkata inovasi dan penggunaan teknologi seperti satelit, dron dan Sistem Maklumat Geografi dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pemantauan sumber hutan negara.
Dalam usaha berterusan memastikan khazanah hutan negara terpelihara, beliau berkata NRES telah menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (EFT) yang ditingkatkan kepada RM200 juta pada tahun ini bagi memperkasakan kerajaan-kerajaan negeri dalam memulihara dan mewartakan kawasan perlindungan.
"Peruntukan EFT ini dapat dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan kepelbagaian biologi," katanya.
Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan, pemeliharaan dan pemuliharaannya demi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#khazanah hutan negara
#Hari Hutan Antarabangsa
#NRES
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan