awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan teknologi perlu selari dengan undang-undang - Gobind

Bernama
Bernama
28/05/2025
08:15 MYT
Penggunaan teknologi perlu selari dengan undang-undang - Gobind
Gobind berkata, perlu dipastikan agar penggunaan teknologi tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi harus selari dengan undang-undang bagi memastikan ekosistem digital yang mampan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata perbincangan antara kerajaan dan semua pihak berkaitan penting bagi mempersiapkan jaringan undang-undang yang selari dengan penggunaan teknologi.
Menurutnya, perkara tersebut penting agar penggunaan teknologi tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada.
"Kita perlu melihat kepada teknologi dan mengambil kira kemungkinan jika berlakunya konflik dalam undang-undang.
"Jadi di Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), kita mempunyai unit yang melihat kepada perkara ini dan pihak berkaitan boleh berhubung dengan mereka jika menghadpi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025, di sini, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar satu undang-undang baharu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara.
Anwar berkata walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teknologi
#undang-undang
#ekosistem digital
#gobind singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan