MALAYSIA
Penggunaan undang-undang sekat kebebasan bersuara naik 23.38 peratus tahun ini - CIJ
Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu berkata Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) kekal sebagai perundangan utama yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 233 siasatan dan tangkapan dilakukan di bawah undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara, berbanding 189 kes pada 2024, sekali gus mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 23.28 peratus.
Ringkasan AI
Dapatan itu didedahkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menerusi laporan bertajuk "Kebebasan Bersuara di Malaysia 2025" yang dilancarkan hari ini.
Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah Naidu berkata Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) kekal sebagai perundangan utama yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara, diikuti rapat oleh Akta Hasutan yang dilihat sebagai alat bersifat kekal dan menghukum dalam memantau ulasan serta wacana politik awam.
"Namun kini, terutamanya sejak COVID-19, kita melihat peningkatan ketara dalam bagaimana undang-undang ini dimanipulasi sebagai senjata.
"Jadi saya rasa, selagi kerajaan belum memansuhkan Seksyen 211 dan 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) sepenuhnya, ia akan terus menjadi alat utama untuk menyekat sebarang kandungan.
"Dan jika anda masih ingat, kerajaan juga telah meningkatkan kadar hukuman. Ia adalah peningkatan yang besar, kira-kira 100 peratus lebih tinggi berbanding versi sebelum pindaan. Jadi, ini merupakan alat yang kuat dan berguna," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Wathshlah memaklumkan menerusi laporan tersebut, sepanjang tahun 2025, Malaysia menyaksikan sekatan melibatkan isu berkaitan politik dan 3R (bangsa, agama dan Raja), serta peningkatan pengawasan terhadap pandangan yang berasaskan moraliti dan keagamaan.
Walaupun Kerajaan MADANI pernah menjanjikan reformasi, CIJ menegaskan bahawa landskap kebebasan bersuara kekal tidak berubah dengan peningkatan penggunaan undang-undang bersifat luas dan menghukum oleh pihak berkuasa.
Namun begitu, CIJ menjelaskan terdapat perkembangan positif dalam isu hak mendapatkan maklumat.
"Satu langkah penting telah diambil apabila Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi menubuhkan Jawatankuasa Protem bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat.
"Jawatankuasa ini terdiri daripada agensi kerajaan, ahli akademik, Badan Peguam serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat sivil termasuk CIJ, C4 dan Article 19.
"Draf Rang Undang-Undang FOI telah pun disiapkan, menjadikannya antara langkah awal dalam memupuk ketelusan dan tadbir urus yang lebih terbuka," menurut laporan berkenaan.
CIJ menegaskan bahawa keberkesanan RUU Kebebasan Maklumat sangat bergantung kepada perundangan yang kukuh dengan pengecualian yang minimum serta keperluan untuk sebuah badan kawal selia yang bebas.
Sebarang kompromi terhadap prinsip-prinsip tersebut, menurut CIJ, akan melemahkan tujuan sebenar undang-undang RUU Kebebasan Maklumat.
Ringkasan AI
- Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melaporkan peningkatan siasatan dan tangkapan di bawah undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara, naik sebanyak 23.28 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- Undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) dan Akta Hasutan digunakan sebagai alat untuk menyekat kebebasan bersuara, terutamanya dalam wacana politik awam dan ulasan.
- Meskipun terdapat usaha Kerajaan MADANI untuk reformasi, CIJ menegaskan kebebasan bersuara di Malaysia masih terjejas dengan penggunaan undang-undang yang luas dan tindakan tegas oleh pihak berkuasa, namun terdapat langkah positif dengan usaha menggubal RUU Kebebasan Maklumat untuk memupuk ketelusan.