awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
05:40 MYT
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Seorang penghantar barang p-hailing diberkas selepas disyaki mencuri bungkusan berisi emas milik pelanggan dalam kejadian di Pangsapuri Inai, Pandan Indah di sini pada Khamis. -Foto Sinar Harian
AMPANG JAYA: Seorang penghantar barang p-hailing diberkas selepas disyaki mencuri bungkusan berisi emas milik pelanggan dalam kejadian di Pangsapuri Inai, Pandan Indah di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1.05 petang itu, mangsa menerima panggilan daripada pihak penghantar barang memaklumkan bungkusan miliknya telah diletakkan di hadapan rumah.
"Mangsa yang pulang ke rumahnya berselisih dengan suspek di bawah flatnya dan kemudian bertanyakan tentang bungkusan tersebut.
"Suspek menyatakan bungkusan itu telah dihantar dan diletakkan di hadapan rumahnya.
"Mangsa bagaimanapun mendapati bungkusan mengandungi emas tersebut tiada disyaki telah dicuri oleh suspek," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, kerugian dianggarkan bernilai RM1,500.
"Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek berumur 29 tahun itu kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan SS 3/60 Petaling Jaya pada Sabtu.
"Suspek turut didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau menerusi semakan dijalankan," katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas tersebut dan telah membeli aksesori dipasang pada motosikalnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#p-hailing
#penghantar barang
#bungkusan berisi emas
#Pangsapuri Inai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan