awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2022
04:00 MYT
Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram
Muhammad Khair ketika keluar daripada kamar perbicaraan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi media sosial, dua tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Khair didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial Instagram secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Kedua-dua pertuduhan itu dilihat di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah di sini, kira-kira jam 8.50 pagi pada 25 Januari 2020.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mahkamah menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan semula kes dan jatuhan hukuman.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#lucah
#Instagram
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan