awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM

Bernama
Bernama
05/04/2024
14:00 MYT
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
KPM memaklumkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM memaklumkan aktiviti itu diperluaskan di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.
Menurut KPM, inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.
"Setakat ini ia telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030.
Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan cerminan komitmen teguh KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlakmulia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hadis 40 Imam Nawawi
#institusi pendidikan
#beragama Islam
#pelbagai aktiviti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan