KUALA LUMPUR: Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan dan seterusnya memecahkan stereotaip bidang berkenaan.
Mula menghidapi penyakit itu yang menyebabkan kulit kehilangan warna atau pigmen sekali gus menampakkan kulit muka tampak bertompok putih sejak berusia 19 tahun, wanita ini bangkit dengan menjadikan ia sebagai keunikan dan bukannya kekurangan diri.
Beliau yang juga penolong pengurus di sebuah pusat ekonomi digital juga tidak membawa misi peribadi semata-mata, sebaliknya mahu menjadikan bidang glamor itu sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan penyakit 'rare' atau jarang dijumpai itu.
Sering berkongsi perjalanannya sebagai pesakit vitiligo menerusi penulisan blog dan media sosial, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Haiwan dari Universiti Putra Malaysia ini juga mahu memberi inspirasi kepada individu dan golongan mengalami nasib sepertinya untuk tidak merasa tersisih dan kekurangan.
"Bukannya mudah untuk menghadapi perspektif negatif masyarakat, malah saya pernah ditolak oleh segelintir masyarakat kerana keadaan saya ini, namun memori hitam seperti itulah yang menjadi penguat semangat," katanya kepada Bernama.
Siti Nuur Hidayu berkata dek kurang pendedahan, ada juga yang takut untuk mendekati dirinya kerana beranggapan penyakit itu berbahaya serta boleh berjangkit, malah tidak kurang juga ada yang mencemuh dan memandang hina kerana perbezaan fizikal itu.
"Kalau diikutkan vitiligo bukan penyakit keturunan kerana tiada ahli keluarga saya menghidap penyakit itu sebaliknya ia berkaitan gangguan autoimun. Pada mulanya saya juga tidak tahu mengenainya dan sedar tompok putih muncul pada tangan saya selepas cedera terkena parang.
"Saya sangka perkara biasa saja tetapi lama kelamaan tompok-tompok mulai merebak ke bahagian badan yang lain," katanya.
Mengimbau kembali awal pembabitannya dalam kerjaya peragaan pada 2018, ibu kepada dua anak ini juga tidak pernah menyangka akan menceburi bidang glamor itu memandangkan beliau seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan diri.
Mengakui agak kekok beraksi di hadapan kamera pada awal pembabitannya, Siti Nuur Hidayu berkata perkara itu berjaya diatasinya menerusi latihan yang diberi oleh pihak agensi.
"Pada mulanya saya nampak iklan mencari model bagi mereka yang mempunyai ciri fizikal istimewa, jadi saya cuba nasib dengan mengisi borang, dan tidak sangka dipanggil untuk uji bakat. Saya tidak sangka diterima sedangkan untuk berswafoto pun saya rasa kurang minat dan yakin, tetapi kini boleh jadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan sampingan ," katanya.
Siti Nuur Hidayu juga kini boleh berbangga kerana terpilih sebagai model 'stock photos' seperti iStock dan Canva untuk pasaran antarabangsa, malah turut menjadi wajah pilihan untuk kempen beberapa jenama kosmetik tempatan.
Beliau berharap penglibatannya dalam bidang itu mampu membuka mata dan minda masyarakat mengenai vitiligo dan akan memberi masa depan yang lebih baik kepada generasi masa hadapan yang senasib dengannya.
"Kita perlu raikan perbezaan baik dari segi fizikal, minat dan sebagainya, dan bukannya menyisihkan golongan yang dilihat berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Menghidapi vitilgo bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu menceburi bidang peragaan dan seterusnya memecahkan stereotaip bidang tersebut. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Usaha cekap tenaga elektrik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.
Letupan baharu berhampiran kedutaan Israel di Denmark
Satu letupan baharu berlaku berhampiran kedutaan Israel di Copenhagen, Denmark ketika mana dunia memperingati ulang tahun keganasan Israel terhadap Gaza, lima hari selepas dua letupan berhampiran bangunan tersebut, di mana dua warga Sweden ditahan.
ICC teruskan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, Hamas
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) masih tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa tokoh utama Palestin dan Israel termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar; Komander Sayap Ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, Mohammed Diab Ibrahim Al-Masri, atau lebih dikenali sebagai Deif serta bekas Ketua Biro Politik Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel Julai lalu, Ismail Haniyeh serta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.
Randai Macbeth gabungkan karya barat dan seni tradisional
Budaya Randai yang berasal dari kaum Minangkabau di Sumatera Barat kini sering menjadi elemen yang dihidupkan di pentas teater tempatan.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Namun tiada siapa yang menyangka, karya agung William Shakespeare, 'Macbeth' kini diadaptasi dalam seni tradisi tersebut untuk dipentaskan kepada umum.
Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Malaysia mempunyai potensi besar dalam rantaian blok
Lembaga Pengarah, TalentCorp, Raja Hamzah Abidin Raja Nong Chik berkata, Dengan pelaburan yang tepat dan strategi yang betul, Malaysia berpotensi untuk membangunkan ekosistem rantaian blok yang dinamik dan berdaya saing serta menarik minat pelabur dan syarikat teknologi untuk berkembang di negara ini.
Sindiket jadikan pelabuhan transit seludup dadah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Banjir Kedah: Bomba selamatkan 28 orang mangsa terperangkap di Baling
Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 28 orang mangsa banjir selepas rumah mereka di Kampung Banggol Derom, di Baling dinaiki air.
Penghidap vitiligo mahu pecah stereotaip kecantikan, bukti mampu jadi model
Menghidap vitiligo atau sopak, yang menjadikan kulit tampak bertompok bukan penghalang untuk Siti Nuur Hidayu Muhammad, 33, menceburi dunia peragaan.