MALAYSIA
Penghormatan terakhir kepada mendiang G Palanivel mulai 9 pagi esok
Mendiang G Palanivel menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel boleh hadir ke kediamannya di No. 3, Jalan Bangkung, Bangsar, di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
Kenyataan yang dikeluarkan keluarga mendiang memaklumkan, orang ramai boleh berbuat demikian bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam.
Sementara itu, upacara terakhir akan diadakan pada Khamis antara pukul 1.30 dan 2.45 petang.
"Kemudian jasad mendiang akan dibawa ke Krematorium Hindu Sentul pada jam 3.30 petang untuk disemadikan," menurut kenyataan itu di sini, pada Selasa.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa.
Palanivel, 76, dilantik sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Tun S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010.
Mendiang juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2011.
Palanivel menyertai Kabinet Najib pada Jun 2010 apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Dilahirkan pada 1 Mac, 1949, Palanivel mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya (UM) dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1972.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai pensyarah Ekonomi dan Sejarah di Maktab Kadir Adabi di Kuantan sebelum menjadi Pengarah Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang.
Beliau turut bertugas sebagai pegawai penyelidik di Muzium Negara (Projek Lembah Bujang) sebelum menyertai Bernama pada April 1977 dan dilantik sebagai Editor Berita Meja Ekonomi pada 1984.
Penglibatan Palanivel dalam arena politik bermula pada 1987 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Samy Vellu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, Palanivel bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor yang disandangnya sehinggalah beliau tewas dalam PRU 2008.
Jawatan Kerajaan:
1995–1999: Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Kesatuan
1999–2004: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
2004–2008: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
2008–2011: Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
2011–2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2013–2015: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Ringkasan AI
- Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir pada Rabu, 19 Jun 2025, di kediaman mendiang di No. 3, Jalan Bangkung, Bangsar dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
- Mendiang G. Palanivel, 76, merupakan Presiden MIC kelapan dan bekas Menteri Kabinet, yang pernah menyandang pelbagai jawatan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
- Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah, penyelidik dan editor ekonomi, sebelum menyertai politik pada 1987.