MALAYSIA
'Penghubung Hijau' tingkatkan kemudahan pejalan kaki - Datuk Bandar
Dr Maimunah berucap pada Majlis Pelancaran KLCC Sustainable September 2025 di Esplanade KLCC Park hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif hari ini berkongsi visi untuk mewujudkan rangkaian 'Penghubung Hijau' mesra pejalan kaki yang menghubungkan destinasi tumpuan di ibu negara sekali gus mempermudah rakyat dan pelawat.
Maimunah berkata inisiatif itu turut membantu merealisasikan konsep popular 'bandar 15 minit' di samping memperkukuh identiti Kuala Lumpur sebagai hab mampan dan mesra rakyat.
"Saya mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada komuniti, supaya kita dapat menghubungkan KLCC ke TRX, Merdeka 118 dan Dataran Merdeka hanya dengan berjalan kaki. Itu impian saya dan berharap anda semua boleh bersama-sama menjayakannya," katanya ketika melancarkan edisi ketiga Sustainable September di Taman KLCC di sini hari ini.
Bertemakan'Liveable and Lovable Precinct', pelancaran itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti, termasuk larian santai pada sebelah pagi, menanam pokok serta sesi zumba yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Datuk Seri Mohd Salem Kailany.
Maimunah berkata kerjasama daripada semua pihak berkepentingan termasuk sektor awam, rakan kongsi swasta serta komuniti amat penting bagi mewujudkan Kuala Lumpur yang bukan sahaja bersih dan hijau, malah sesuai didiami dan disayangi.
Beliau turut menyeru komuniti memainkan peranan lebih besar dalam mengurangkan sisa, memandangkan Kuala Lumpur membelanjakan hingga RM260 juta setahun untuk kerja-kerja pembersihan, sambil menekankan bahawa pengurusan sisa mampan amat penting dalam menjadikan bandar raya ini disayangi dan sesuai didiami.
"Jika saya dapat mengurangkan separuh daripada penjanaan sisa melalui kitar semula atau guna semula, ada lagi RM130 juta untuk menambah baik infrastruktur dan ruang awam," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga sedang meneliti langkah membantu komuniti B40, khususnya penjaja dan peniaga kecil di tepi jalan, dengan menaik taraf kompleks serta kawasan perniagaan supaya lebih bersih dan menawan.
"Bagaimana kita boleh menjadikannya lebih disayangi? Dan bagaimana kita boleh menjadikannya tempat orang ramai suka kunjungi, dengan premis penjaja jalanan yang bersih serta menawarkan makanan berkualiti? Saya perlukan bantuan anda. Saya perlukan idea dan saya mahu melihat semua penjaja serta peniaga kecil B40 terus maju," katanya.
-- BERNAMA