BlackBerry mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menghasilkan peranti sendiri, dan sebaliknya akan memberi tumpuan kepada pembangunan perisian.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman blog BlackBerry, Ketua Pegawai Operasi BlackBerry Ralph Pini berkata ia akan bergantung kepada rakan kongsi pihak ketiga untuk mengeluarkan peranti mereka

"Ini adalah masa depan perniagaan kami, dan ia adalah langkah yang betul untuk terus menjana keuntungan.

"Ini akan membolehkan sumber kami untuk memberi tumpuan kepada perisian keselamatan, dan juga beberapa aspek lain,” katanya.

Pini turut mengumumkan negara Indonesia sebagai pasaran pertama bagi pelesenan perisian peranti itu.

"Indonesia adalah pasaran terbesar BlackBerry untuk peranti dan setakat ini pasaran yang paling besar bagi sistem penghantaran mesej BBM ciptaan kami.

"BB Merah Putih adalah usaha sama yang baru ditubuhkan, dicipta untuk menyokong usaha-usaha kerajaan Indonesia untuk menggalakkan pembangunan, pembuatan dan penciptaan produk sumber tempatan di samping meningkatkan bilangan telefon pintar LTE yang dijual di negara ini," katanya.

Sementara itu, berita ini mendapat perhatian netizen dengan hashtag #RIPBlackBerry trending.

Mereka berkata pengumuman ini sebagai berakhirnya satu era.






Dalam dekad lalu, peranti BlackBerry merupakan antara yang popular di pasaran kerana ciri kekunci QWERTY.

Namun dengan citarasa pengguna yang berbeza, saingan dari jenama besar seperti Apple dan Samsung menjejaskan penjualan BlackBerry