awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghuni pusat pemulihan dadah maut, ustaz dan tiga warden direman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/08/2022
04:15 MYT
Penghuni pusat pemulihan dadah maut, ustaz dan tiga warden direman
Perintah reman terhadap ustaz berusia 25 tahun dan tiga warden lelaki berusia 20, 22, dan 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir bermula Sabtu sehingga Jumaat depan. - Foto Sinar Harian
TAIPING: Mahkamah Majistret Taiping pada Sabtu membenarkan seorang ustaz dan tiga warden direman selama tujuh hari berhubung kes kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas disyaki dipukul, Rabu lepas.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir selepas menerima permohonan pihak polis untuk membantu siasatan.
Ustaz berusia 25 tahun dan tiga warden lelaki berusia 20, 22, dan 27 tahun itu direman bermula Sabtu sehingga Jumaat depan.
Sebelum itu media melaporkan seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
BACA: Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian lelaki berusia 25 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu daripada doktor bertugas di Hospital Kuala Kangsar.
Menurutnya, mangsa yang dibawa dengan sebuah kereta tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu pada 8.10 malam dan disahkan meninggal dunia.
Mangsa telah dibawa oleh seorang ustaz dan tiga orang warden daripada pusat pemulihan dan doktor itu difahamkan mangsa tidak sedarkan diri sejak kira-kira jam 7 petang.
Mangsa kemudian dibawa ke wad kecemasan bagi ujian COVID-19 dan X-ray keseluruhan tubuh mangsa kerana terdapat kesan luka di bahagian dahi serta kesan lebam di bahagian muka, mata kiri, dada, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa.
Susulan itu, polis menahan ustaz dan tiga warden berusia lingkungan 20 dan 30an terbabit hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#ustaz dan tiga warden direman
#kematian penghuni pusat pemulihan dadah
#Mahkamah Majistret Taiping
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan