awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiktirafan bersama mampu tarik minat pelajar Rusia ke Malaysia - MQA

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2023
09:18 MYT
Pengiktirafan bersama mampu tarik minat pelajar Rusia ke Malaysia - MQA
Delegasi Malaysia diketuai Mohamed Khaled (empat, kiri) berhasrat mengadakan pengiktirafan bersama dengan Rusia berkaitan pengajian tinggi.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Rusia sepakat untuk mewujudkan pengiktirafan bersama dalam sektor pengajian tinggi bagi memperluas akses mobiliti pelajar dan memudahkan usaha akreditasi program yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi (IPT) di kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata hasrat itu dinyatakan dalam mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Timbalan Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia, Ayrat Gatiyatov.
Beliau berkata, pengiktirafan bersama antara Malaysia dengan Rusia diyakini mampu menarik lebih ramai pelajar Rusia untuk menyambung pengajian di Malaysia sama ada di peringkat pascaijazah mahupun praijazah.
"MQA akan memastikan hasrat ini terlaksana dengan jayanya dan kita akan membuat susulan untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan badan akreditasi di Rusia dalam masa terdekat untuk pengiktirafan bersama ini.
"Usaha ini selaras dengan hasrat menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat," katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Forum Kazan 2023.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian; Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Abdul Razak Ahmad; Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir. Ahmad Fauzi Ismail; Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir. Abdul Rahman Mohamed; Naib Canselor USIM, Prof. Sharifudin Md Shaarani dan Pengarah Kanan (Akreditasi) MQA, Mohd Khairul Nizam Ibrahim.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, dalam merealisasikan usahasama itu, IPT tempatan juga perlu memainkan peranan memperhebat promosi program masing-masing ke Rusia supaya lebih ramai pelajar dari negara itu datang ke Malaysia.
Katanya, IPT di Malaysia perlu mengambil kesempatan atas hubungan bilateral yang baik yang terjalin dengan Rusia ketika ini dalam memastikan lebih ramai pelajar menyambung pengajian di Malaysia berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).
"Konflik yang dihadapi oleh Rusia dengan AS perlu digunakan kesempatannya untuk menarik pelajar Rusia ke Malaysia dan dengan kualiti pendidikan tinggi negara yang baik, kita mampu untuk menarik seramai mungkin pelajar mereka.
"Kita memiliki IPT hebat dengan insfrastruktur yang baik, penawaran bidang program yang luas, kadar yuran amat berpatutan serta lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi menjadikan Malaysia sebuah destinasi sangat menarik untuk menyambung pengajian," katanya.
Topic Berkaitan
#MQA
#IPT Malaysia
#IPT Rusia
#pendidikan tinggi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan