awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiktirafan The Kinabalu UNESCO Global Geopark pencapaian bermakna, seiring agenda SDG

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/05/2023
09:30 MYT
Pengiktirafan The Kinabalu UNESCO Global Geopark pencapaian bermakna, seiring agenda SDG
Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 km persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak, dan lapan tapak budaya.
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pengiktirafan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark sebagai amat bermakna buat Malaysia.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata pengiktirafan itu seiring dengan Agenda Pembangunan Negara dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG’s).
Menurutnya, kejayaan itu mengangkat nama Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang diberikan jolokan sebagai negara penyandang “Triple Crown” program Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Kementerian yakin kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat memastikan kawasan Geopark diurus dengan baik.
“Kementerian juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi bagi tujuan penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan.
BACA: Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark
“Kementerian akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mencalonkan geopark-geopark kebangsaan lain yang memenuhi kriteria Global Geopark di bawah UNESCO bagi mendapatkan pengiktirafan peringkat antarabangsa,” katanya.
Tambah beliau, pengiktirafan itu juga melengkapkan ketiga-tiga program Pertubuhan UNESCO di Sabah.
Tiga program tersebut ialah World Heritage Site (WHS), Man and the Biosphere (MAB) dan UNESCO Global Geopark (UGGp).
Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 km persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak, dan lapan tapak budaya.
Ia telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020.
Geopark tersebut diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pemegang taruh yang lain.
Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022 lepas.
Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara.
Topic Berkaitan
#Geopark Negara Kinabalu
#Nik Nazmi
#alam sekitar
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan