awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengisian jawatan sektor kesihatan: KKM sediakan memorandum kepada jemaah menteri

Bernama
Bernama
23/07/2025
12:56 MYT
Pengisian jawatan sektor kesihatan: KKM sediakan memorandum kepada jemaah menteri
Dr Dzulkefly berkata, KKM komited menyelesaikan pengisian 4,352 jawatan bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat seperti diumumkan Perdana Menteri. - Bernama
PAPAR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan nota dan memorandum untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan yang dihadapi sektor kesihatan negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya komited menyelesaikan pengisian 4,352 jawatan bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Kita sedar kekurangan kakitangan ini adalah sesuatu yang nyata dan perlu ditangani. Saya sendiri komited untuk mempercepatkan proses pengambilan bagi mereka yang masih dalam kontrak untuk ke jawatan tetap tanpa perlu menunggu kohort demi kohort.
"Kita sedang mengenal pasti cara untuk mengatasi atau mendekatkan jarak defisit ini dan melakukan redistribusi atau menyelesaikan masalah maldistribusi yang berlaku sekian lama. Saya mewarisi semua ini tetapi saya tekad menyelesaikan masalah dalam masa yang munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Langkuas Kinarut dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Suriani Ahmad.
Ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia hari ini, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di kemudahan kesihatan termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini, susulan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
Dzulkefly bagaimanapun menjelaskan pengisian jawatan bukan terletak di bawah KKM, sebaliknya dalam bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), namun beliau yakin agensi berkenaan komited dalam usaha memenuhi keperluan sektor kesihatan negara.
Beliau berkata KKM juga berusaha meningkatkan moral kakitangan kesihatan dengan mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi jururawat, Pegawai Perubatan Pelatih (PPP) dan Pegawai Perubatan (MO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kekurangan kakitangan
#Sektor kesihatan
#pengisian jawatan
#proses pengambilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan