Proses pengisian program perumahan rakyat Sewa untuk Beli (RTO) bagi menyediakan penginapan bagi golongan setinggan dan berpendapatan rendah, mengambil masa sehingga 40 bulan kerana ia tidak diuruskan dengan cekap.
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 menunjukkan, walaupun projek RTO disempurnakan dalam tempoh ditetapkan, namun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengambil masa hingga 866 hari untuk menyerahkan projek siap, bagi tujuan pengisian kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN).
Ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penyerahan, selain kelewatan memilih senarai peserta, turut menjadi penyumbang kepada perkara itu, menyebabkan golongan sasar lambat mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan kerajaan.
"Kajian kepuasan pelanggan yang dilaksanakan pihak Audit juga mendapati, penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) kurang berpuas hati dengan tempat kediaman dan kemudahan yang disediakan.
"Ia terutamanya melibatkan kualiti bangunan, proses aduan kerosakan, serta kerja pembaikan terhadap kecacatan yang dilaporkan," menurut laporan itu yang dikeluarkan pada Selasa.
Dapatan itu diperoleh hasil pengauditan yang dilakukan di lima buah projek RTO daripada lapan projek iaitu, di PPR Taman Siliau Jaya, Port Dickson, Negeri Sembilan; PPR Taman Danau, Ulu Bernam, Selangor; PPR Gua Musang dan PPR Kota Bharu, Kelantan; serta PPR Tok Suboh, Bukit Tengah, Pulau Pinang, pada Ogos 2016 hingga Disember 2018.
Selain itu antara kelemahan yang dikesan termasuk, aspek pengurusan program RTO merangkumi soal pentadbiran kontrak, kualiti kerja, penyenggaraan bangunan, dan pengurusan kutipan, sehingga menjejaskan tahap kecekapan program.
Justeru bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan mengelak perkara yang sama tidak berulang dalam program lain, pihak Audit mengesyorkan KPKT, JPN dan Kementerian Kewangan, mewujudkan satu mekanisme bagi memastikan proses pemilihan dan memuktamadkan senarai peserta, dilakukan lebih awal.
Ia akan membolehkan pengisian unit rumah dibuat dengan segera, selepas projek pembinaan PPR disiapkan, sekali gus membolehkan golongan sasar mendapat manfaat lebih awal daripada projek kerajaan.
KPKT selain itu disaran sentiasa memantau pentadbiran kontrak, supaya pelaksanaannya mematuhi setiap klausa kontrak dan peraturan, yang berkuatkuasa.
Laporan turut mengesyorkan JPN supaya mewujudkan mekanisme yang sistematik dan berkesan, untuk memantau proses kutipan deposit, hasil serta tunggakan yang dilaksanakan oleh ejen pengurusan, dengan menyelenggarakan satu rekod atau sistem kutipan yang lengkap.
Kementerian itu juga perlu menjalankan penyeliaan yang rapi di tapak, bagi memastikan setiap spesifikasi kerja dan reka bentuk bangunan diteliti bagi mengelakkan berlakunya kualiti kerja kurang memuaskan, selain skop kerja perlu mengambil kira keselesaan pengguna dan kos penyenggaraan yang perlu ditanggung oleh kerajaan, pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 menunjukkan, walaupun projek RTO disempurnakan dalam tempoh ditetapkan, namun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengambil masa hingga 866 hari untuk menyerahkan projek siap. - Gambar Fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Pengisian perumahan rent to own ambil masa sehingga 40 bulan
Proses pengisian program perumahan rakyat Sewa untuk Beli (RTO) bagi menyediakan penginapan bagi golongan setinggan dan berpendapatan rendah, mengambil masa sehingga 40 bulan.