KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong pengisytiharkan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif memutuskan rangkaian pandemik COVID-19.
Hajiji menyifatkan, pengisytiharan darurat itu juga amat wajar demi menjaga keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara ini.
"Adalah penting untuk menghentikan virus ini daripada terus merebak dan melindungi kesihatan orang ramai," katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pengisytiharkan darurat yang berkuatkuasa pada hari ini sehingga 1 Ogos hadapan.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Keputusan berkenaan adalah sehari selepas Perdana Menteri, Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di negeri terjejas pandemik COVID-19 termasuklah Sabah bermula Rabu ini.
Terdahulu, Hajiji yang hadir ke majlis Hari Terbuka Sesi Libat Urus: Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)(Pelan Pembangunan 2021-2025) mahu anggota perkhidmatan awam agar memandang serius pelan pembangunan lima tahun tersebut.
"Saya juga berharap agar tiada kalangan penjawat awam yang memandang remeh usaha besar ini apatah lagi cuba memboikot atau enggan bekerjasama dalam menjayakan dasar-dasar pembangunan kerajaan.
"Pelaksanaan Hala Tuju SMJ ini perlu digalas bersama melibatkan kepimpinan dan penjawat awam agar ia dapat direalisasikan dengan berkesan," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jan 12 2021

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika melancarkan Majlis Hari Terbuka: Libat Urus Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025) di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu, hari ini.

COVID-19 | Darurat bukan untuk elak PRU
Hentikan retorik politik. Pengisytiharan darurat bukan dibuat atas sebab kerajaan memerintah ingin menangguhkan Pilihan Raya Umum. Sebaliknya, untuk memberi tumpuan penuh dalam melandaikan jangkitan COVID-19 yang semakin kritikal. Demikian tegas Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Politik Jerman | Armin Laschet dilantik pemimpin baharu parti CDU
Pemimpin haluan tengah Armin Laschet dilantik sebagai pemimpin baharu Parti Kristian Demokrat, CDU, Jerman. Beliau kini dalam laluan untuk menggantikan Canselor Angela Merkel yang akan menamatkan penggal pemerintahannya selepas 16 tahun.

Latihan Ketenteraan | Iran lancar ujian peluru berpandu
Tentera revolusi Iran lancar ujian peluru berpandu balistik. Ujian ini berlangsung ketika ketegangan dengan Amerika Syarikat berhubung program nuklernya.

Pengisytiharan Darurat | Tidak boleh dipersoal setelah diperkenankan
Perintah darurat tidak boleh dicabar atau dipersoalkan setelah ia diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Ia juga tidak boleh dirujuk ke mahkmah atas apa-apa alasa pun.

Pengisytiharan Darurat | Tiada ruang untuk sebarang Pilihan Raya
Dalam pada itu, Datuk Takiyuddin Hassan sekali lagi menegaskan tiada Pilihan Raya boleh diadakan, termasuk Pilihan Raya Negeri. Sebelum ini negeri Sarawak menyatakan hasrat mengadakan Pilihan Raya Negeri, malah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg memberi isyarat bahawa negeri itu akan mengadakan pemilihannya “bila-bila masa dari sekarang”. Mandat DUN Sarawak sepatutnya berakhir pada 7 Jun 2021.

Pemilihan Palestin | Palestin adakah pilihan raya pertama sejak 2006
Palestin akan mengadakan Pilihan Raya Parlimen dan Presiden akhir tahun ini. Ini adalah pemilihan yang pertama sejak 2006 yang menyaksikan pergerakan hamas memperoleh kemenangan besar.

Pengisytiharan Darurat | Jawatankuasa Khas main peranan penting
Semak dan imbang, serta aspek ketelusan menjadi elemen penting dalam penubuhan Jawatankuasa Khas bebas di bawah pengistiharan darurat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata selaras dengan perkara itu, jawatankuasa ini akan dibarisi pakar pelbagai bidang yang akan memberi pandangan serta nasihat, sekali gus mempersembahkan syor kepada Yang Di-Pertuan Agong, termasuklah, sekiranya perlaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Terbuka Australia: 47 pemain jalani kuarantin
Seramai 24 pemain dalam pesawat sewa khas dari Amerika Syarikat ke Melbourne diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

Kekalkan tarikh pemilihan parti, tawarkan kepada rakyat pimpinan baharu - KP UMNO Pagoh
Keputusan pemilihan UMNO perlu bagi meyakinkan rakyat bahawa UMNO masih mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber.

EPL: West Ham tewaskan Burnley, kini di tangga ke-9 liga
Antonio, 30 tahun, beraksi untuk kali keempat selepas mengalami kecederaan hamstring.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat

Proklamasi Darurat: Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih
Bagaimanapun, keadaan itu hanya bersifat sementara dan trend indeks pasaran mula menunjukkan peningkatan.

PKP 2.0: Melaka mahu muncul antara negeri terbaik patuh SOP - Ketua Menteri
Melaka mahu kekal menjadi antara negeri terbaik dalam pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini yang berkuat kuasa semalam hingga 26 Jan depan.

Proklamasi Darurat jadi Warta Kerajaan Persekutuan mulai 11 Januari 2021
Perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuatnaik di laman web Jabatan Peguam Negara semalam.

Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus pada COVID-19 yang semakin parah
100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Proklamasi Darurat: Penubuhan Jawatankuasa Bebas perkembangan sihat - Chandra Muzaffar
Situasi politik di Malaysia disifatkan luar biasa berbanding beberapa negara-negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini.

Proklamasi darurat: Jangan ada agenda tersembunyi - Masing
Pengisytiharan darurat dianggap peluang terbaik untuk Perdana Menteri mentadbir negara tanpa perlu bimbang sekiranya terdapat percubaan untuk menggulingkan pentadbirannya.