KOTA KINABALU: Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta masih jauh dari sasaran nasional, iaitu 30 peratus.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanafiah Hajar Taib berkata, ketika ini sektor itu merekodkan 26 peratus penglibatan wanita, berbanding sektor awam (38 peratus).
"Berdasarkan dapatan kerja oleh Monach University pula, wanita mewakili 20 peratus daripada keseluruhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia.
"Dalam bidang politik, Parlimen Malaysia pada masa ini hanya mempunyai sejumlah 41 orang Senator dan Ahli Dewan Rakyat atau pun 14.4 peratus sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan IKS dan Kepimpinan Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.
Justeru itu, Hanafiah berkata sasaran 60 peratus kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan 30 peratus penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi swasta perlu dicapai sebelum 2030 untuk mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Salah satu yang akan diambil perhatian oleh kerajaan adalah dengan menerokai ekonomi penjagaan atau 'care economy' untuk kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas," katanya.
Tambah beliau lagi, inisiatif itu bukan sahaja akan meningkatkan kewujudan, penglibatan dan kualiti penjagaan kepada golongan khusus ini, malah sekali gus akan memberi lebih banyak ruang kepada wanita untuk melibatkan diri dalam semua sektor ekonomi.
Mirlen Axtius
Mon Mar 11 2024
Datuk Hanafiah Hajar Taib berkata, ketika ini sektor swasta merekodkan 26 peratus penglibatan wanita, berbanding sektor awam (38 peratus).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor swasta masih jauh daripada sasaran nasional
Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta masih jauh dari sasaran nasional, iaitu 30 peratus.
Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita masih rendah - PM
Ismail Sabri berkata penglibatan golongan wanita bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.
Wanita dan politik: Lihat sebagai pelengkap, bukan jadi pesaing
Kebanyakan kajian gender berpaksikan alat analsis barat, bermasalah kepada masyarakat yang tebal unsur kepercayaan adat dan adab seperti di Jepun dan Malaysia.
Digi syarikat pertama negara perkenal cuti bersalin enam bulan
Syarikat telekomunikasi Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan kepada warga kerjanya.