awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis

Bernama
Bernama
21/08/2019
08:51 MYT
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Menurut Ayob Khan Mydin Pitchay, golongan penyerang bunuh diri wanita juga mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bahan letupan yang berimpak besar. - Gambar BERNAMA
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu untuk melancarkan serangan berskala besar.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, golongan itu juga sudah mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bahan letupan yang berimpak besar.
"Lagi kita bimbang adalah penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri atau 'suicide bomber', wanita yang terlibat dalam serangan di gereja (di Selatan Filipina pada Januari lepas), (serangan) di Surabaya pun wanita juga. Trend ini terbaharu di rantau Asia Tenggara yang guna wanita sebagai penyerang bunuh diri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan taklimat pada program Seminar Kesedaran Keselamatan: Menangani Ancaman Daesh, IS dan Ajaran Sesat di Dewan Serbaguna, di sini hari ini.
Sementara itu, Ayob Khan berkata, kerjasama yang melibatkan kumpulan Daesh di negara ini dengan Indonesia dan Selatan Filipina juga membimbangkan pada masa ini.
Beliau berkata, keadaan itu berdasarkan tangkapan pihaknya pada Mei lepas di Keningau, Sabah yang membabitkan dua lelaki anggota Daesh Indonesia yang menjadi fasilitator kepada anggota Daesh lain yang membuat transit di Keningau sebelum melancarkan serangan gereja di Selatan Filipina, Januari lalu.
"Dua lelaki ini bekerja di Keningau... ini kita bimbang trend kerjasama antara elemen-elemen Daesh Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina ini," katanya.
Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, seramai 40 individu termasuk dua wanita ditahan pihaknya setakat ini di negara ini yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan berkenaan sejak Januari lepas.
"Kita fokus kepada pencegahan, ada maklumat awal dan cukup bukti kita akan tangkap kita tidak akan biarkan mereka lancarkan serangan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Daesh
#IS
#jenayah
#penyerang bunuh diri
#suicide bomber
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan