Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai

Astro Awani
April 17, 2021 16:50 MYT
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima sijil penghargaan daripada Datuk Seri Nancy Shukri atas penglibatan belliau sebagai salah seorang peneraju pemain industri acara perniagaan. - Foto Instagram/@irmohizam_ibrahim
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021–2030 pada Khamis.
SMP 2021-2030 merupakan kerjasama antara pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan untuk merumuskan strategi dan membuka laluan untuk industri Acara Perniagaan (BE) dan Mesyuarat, Insentif, Pameran dan Persidangan (MICE) dan pelancongan di Malaysia menjadi lebih kukuh dari sebelumnya.
Matlamat SMP 2021-2030 juga adalah untuk menjadikan industri BE dan MICE Malaysia berada di kedudukan teratas di dunia dan mampu menganjurkan Ekspo Dunia di negara Malaysia.
Pada majlis berkenaan, Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima sijil penghargaan daripada Nancy atas penglibatan belliau sebagai salah seorang peneraju pemain industri acara perniagaan.
Penghargaan juga diberikan kepadanya selaku Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik (APAC) Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang turut menyokong dan menyumbang dalam penciptaan SMP 2021-2030.
"Saya berharap dengan penghargaan ini, saya dapat memainkan peranan yang penting untuk menaikkan sektor BE, MICE dan pelancongan tempatan dan antarabangsa," jelasnya.
#WTCKL #Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia #Nancy Shukri #Menteri Pelancongan Seni dan Budaya #MICE #pelancongan #Irmohizam Ibrahim