awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengoperasian sekolah: Takwim persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Mac 2022 - Radzi Jidin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/09/2021
09:19 MYT
Pengoperasian sekolah: Takwim persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga Mac 2022 - Radzi Jidin
Bagi murid yang mencapai tahap cemerlang pula, Radzi berkata, tempoh masa itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka, supaya terus cemerlang. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021, yang sepatutnya berakhir pada Disember tahun ini, akan dilanjutkan sehingga bulan Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Ketika bercakap di Sidang Media – Pengoperasian Sekolah, di sini hari ini, beliau berkata, ia membawa maksud peralihan darjah atau tingkatan akan berlaku pada bulan Mac, sekali gus memberi tempoh dua bulan untuk proses intervensi, sekiranya ada murid-murid keciciran.
Beliau berkata, ia merupakan anjakan baharu dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi menangani masalah jika sebahagian murid yang tidak dapat mencapai tahap sepenuhnya sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diamalkan sebelum ini.
“Tempoh dua bulan ini (Januari – Februari 2022) akan digunakan oleh KPM untuk melihat tahap penguasaan anak-anak, dan melihat bantuan, atau sokongan, atau dokongan, untuk mereka naik ke kelas berikutnya, serta memastikan mereka dah bersedia sepenuhnya.
“Untuk sebab itu, golongan murid yang ada tahap penguasaan yang lemah, maka fokus pada waktu (dua bulan) itu adalah bagi melaksanakan program intervensi, supaya mereka dapat menguasai tahap minimum sebelum naik ke tahap selanjutnya,” katanya lagi.
Sesi persekolahan bagi pelajar sekolah tahun ini akan dilanjutkan sehingga Februari 2022
Bagi murid yang mencapai tahap cemerlang pula, Radzi berkata, tempoh masa itu akan digunakan bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka, supaya terus cemerlang.
Topic Berkaitan
#buka sekolah
#Radzi Jidin
#Kementerian Pendidikan
#Pengoperasian Sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan