awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengsan ketika memandu disyaki punca nahas - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2021
03:14 MYT
Pengsan ketika memandu disyaki punca nahas - Polis
Rakaman insiden kemalangan itu tular di media sosial pada Rabu. -Video tular
KAJANG: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda pengsan semasa memandu akibat tidak makan dipercayai punca kemalangan di Taman Jenaris di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 6 petang, lelaki berusia 39 tahun itu memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah pengsan semasa memandu, kemudian dia panik apabila tersedar dan berlaku kemalangan.
"Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Mohd Zaid berkata, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan.
"Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian urin terhadap pemandu itu negatif," katanya.
Mohd Zaid memaklumkan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.
Pada Rabu, tular video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan insiden kemalangan tersebut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pacuan empat roda
#Taman Jenaris
#Mohd Zaid Hassan
#pengsan semasa memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan