awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN

Bernama
Bernama
12/12/2023
06:00 MYT
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Shamsul Anuar ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Penguasaan Bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonan taraf kewarganegaraan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dalam perkara itu, beberapa proses saringan dilaksanakan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
"Sepertimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi Bahasa Melayu.
"Ini bermakna, tahap penguasaan Bahasa Melayu bagi pemohon taraf kewarganegaraan ini diberi keutamaan kerana syarat ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sejauh mana tahap penguatkuasaan Bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.
Shamsul Anuar berkata setakat November lepas, sebanyak 32,000 permohonan kewarganegaraan diterima Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Setakat Oktober lepas, KDN telah mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan dan jumlah ini melepasi sasaran yang ditetapkan setiap tahun iaitu sebanyak 10,000," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#taraf kewarganegaraan
#Bahasa Melayu
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan