awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan

Bernama
Bernama
20/12/2022
20:00 MYT
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan
Sebanyak 140 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran Peraturan 11(1) PPKHT 2004 iaitu merokok di tempat larangan. -Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengaplikasi penggunaan kamera badan dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Ops Rakam Asap Tembakau sejak 12 Dis lepas.
Pengarah jabatan itu Dr Nor'Aishah Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Selasa berkata rakaman video dan gambar yang direkodkan akan digunakan sebagai bahan bukti kesalahan dan sokongan keterangan selain menjaga keselamatan dan memelihara integriti anggota penguat kuasa.
Beliau berkata sebanyak 147 notis kesalahan larangan merokok telah dikeluarkan hasil 10 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar ibu negara dan Putrajaya sejak 12 Dis hingga hari ini.
Katanya daripada jumlah itu, 140 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran Peraturan 11(1) PPKHT 2004 iaitu merokok di tempat larangan.
"Sebanyak tujuh notis dikeluarkan bagi pelanggaran Peraturan 13 PPKHT 2004 iaitu bagi kesalahan larangan merokok, mengunyah, membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau oleh Orang Belum Dewasa (OBD)," katanya.
Menurutnya penguatkuasaan kepada pematuhan larangan merokok di bawah PPKHT 2004 di pusat membeli belah, hentian awam dan tempat makan di Kuala Lumpur serta Putrajaya akan terus dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan kesihatan
#kamera badan
#operasi penguatkuasaan
#rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan