MALAYSIA
Penguatkuasaan lebih tegas, hentikan salah guna PLKS pembantu rumah
Zakaria berkata walaupun kes penyalahgunaan PLKS pembantu rumah tidak berada pada tahap serius ketika ini, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalangnya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menjalankan penguatkuasaan dengan lebih tegas untuk menoktahi penyalahgunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori pembantu rumah oleh warga asing.
Ringkasan AI
Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya percaya ada warga asing termasuk pelayan pelanggan yang menggunakan PLKS pembantu rumah untuk terus tinggal di negara ini.
"Walaupun mereka mempunyai pas yang sah, ia tetap menjadi satu kesalahan apabila disalahgunakan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Deepavali peringkat JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff semalam yang mendedahkan penahanan seorang pembantu rumah warga Filipina kerana disyaki menyalahgunakan pas untuk terus tinggal di Malaysia dan menjadi presiden sebuah badan bukan kerajaan.
Wan Mohammed Saupee berkata wanita berusia lingkungan 50-an itu masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) kira-kira 20 tahun lepas sebelum menggunakan PLKS kategori pembantu rumah untuk terus tinggal di negara ini.
Zakaria berkata walaupun kes penyalahgunaan PLKS pembantu rumah tidak berada pada tahap serius ketika ini, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalangnya.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang tahun ini hingga semalam, JIM melaksanakan 12,462 operasi penguatkuasaan melibatkan pemeriksaan terhadap 213,454 warga asing dengan 45,447 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, manakala 1,931 majikan dikenakan tindakan kompaun dan pendakwaan.
"Kesalahan paling ketara ialah ketiadaan dokumen perjalanan sah serta penyalahgunaan pas, selain kes-kes jenayah lain termasuk dadah yang dirujuk kepada kami untuk tindakan lanjut seperti pembatalan pas dan pengusiran," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menguatkuasakan penegahan penyalahgunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori pembantu rumah oleh warga asing.
- Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, menegaskan bahawa penyalahgunaan PLKS pembantu rumah oleh warga asing, termasuk pelayan pelanggan, adalah kesalahan meskipun memiliki pas yang sah.
- JIM telah menjalankan 12,462 operasi penguatkuasaan sepanjang tahun ini, melibatkan pemeriksaan terhadap 213,454 warga asing, dengan 45,447 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dan 1,931 majikan dikenakan tindakan kompaun serta pendakwaan.