awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan permit masuk Hutan Simpan Kledang Saiong ditangguh sementara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/06/2022
07:29 MYT
Penguatkuasaan permit masuk Hutan Simpan Kledang Saiong ditangguh sementara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penangguhan itu akan dibuat sehingga dimaklumkan kemudian. - Facebook Kongsi Tempat Menarik di Malaysia
TAPAH: Kerajaan negeri Perak menangguhkan sementara bayaran permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK) di Bukit Kledang yang sepatutnya bermula Julai ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penangguhan itu akan dibuat sehingga dimaklumkan kemudian.
Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop supaya menyediakan kertas makluman, sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya pun hendak tahu apa asasnya, apa rasionalnya dan siapa yang terkesan, seterusnya membincangkannya dalam mesyuarat exco kerajaan negeri,” katanya yang ditemui selepas program ‘Moh Mengopi Bersama Menteri Besar’ sempena Program Mesra di Pasar Awam Tapah, di sini, hari ini.
Terdahulu Jabatan Perhutanan mengeluarkan makluman akan menguatkuasakan permit memasuki HSK bagi tujuan menjalankan aktiviti rekreasi di lokasi tersebut berkuatkuasa 1 Julai.
Ia dikatakan selaras dengan dengan seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Menurut makluman itu, bayaran yang dikenakan bermula pada harga RM10 hingga RM200 bagi warganegara manakala bagi warga asing bermula RM400 hingga RM800 dengan yuran proses permit sebanyak RM20.
Bagaimanapun, ia menimbulkan bantahan beberapa pihak sehingga ditularkan di media sosial.
Topic Berkaitan
#kledang saiong
#hutan simpan
#Mesyuarat EXCO
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan