MALAYSIA
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
King Sing berkata, industri pelancongan tidak boleh terus beroperasi dalam keadaan hala tuju yang kabur serta dibelenggu ketidakseimbangan dari segi peraturan dan penguatkuasaan yang tidak adil - Foto MOTAC
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan utama kepada penguatkuasaan terhadap aktiviti pelancongan tidak berlesen yang dikenal pasti menjejaskan ekosistem industri, merugikan pemain sah serta memberi kesan kepada hasil negara.
Ringkasan AI
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, industri pelancongan tidak boleh terus beroperasi dalam keadaan hala tuju yang kabur serta dibelenggu ketidakseimbangan dari segi peraturan dan penguatkuasaan yang tidak adil.
Menurut beliau, isu aktiviti tidak berlesen seperti penginapan jangka pendek, pengendali pelancongan haram serta amalan tidak mematuhi peraturan merupakan antara perkara yang paling kerap dibangkitkan oleh pemain industri dalam sesi libat urus bersama kementerian.
Katanya, sesi libat urus berkenaan yang turut mencetuskan perhatian dan pelbagai reaksi di media sosial menjadi platform penting bagi kementerian mendengar secara langsung realiti cabaran yang dihadapi penggiat industri di lapangan.
"Penguatkuasaan perlu memberi fokus kepada aktiviti tidak berlesen dan amalan yang menjejaskan industri, bukan menghukum pemain sah yang telah mematuhi undang-undang serta menanggung pelbagai kos pematuhan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kementerian sedang dan akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara lebih adil dan seimbang, selari dengan usaha mempercepat pindaan akta serta penambahbaikan dasar bagi memastikan landskap pelancongan negara lebih tersusun dan mampan.
Dalam pada itu, King Sing menegaskan isu lain yang dibangkitkan oleh pemain industri akan diberi perhatian serius dan ditangani secara berperingkat melalui libat urus berterusan bersama pihak berkaitan.
Antara isu tersebut termasuk keperluan dasar pelancongan yang lebih jelas, usaha mengimbangi pasaran supaya tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua negara sumber, serta keperluan mempromosikan produk pelancongan baharu secara lebih agresif dan bersasar.
Beliau menambah, isu berkaitan pengangkutan pelancongan, kenderaan persiaran, pemandu dan pemandu pelancong turut dibangkitkan, termasuk kesan penguatkuasaan yang tidak selaras serta persaingan tidak sihat daripada platform digital.
Menurutnya, aspek kebajikan pemain industri yang terjejas akibat ketidakseimbangan tersebut juga perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan perniagaan serta kualiti perkhidmatan kepada pelancong.
"Sektor khusus seperti selam skuba, eko-pelancongan, pelancongan pemerhatian burung, homestay, pelancongan komuniti dan budaya turut menekankan keperluan kepada sistem pelesenan, latihan, promosi serta sokongan yang lebih praktikal dan mesra industri.
"Isu beban kos dan peraturan ke atas pengusaha berlesen, keperluan melindungi pemain kecil serta perusahaan kecil dan sederhana (SME), kaedah kutipan cukai pelancongan, isu sempadan dan kemudahan pintu masuk negara termasuk terminal pelayaran turut dibangkitkan," ujarnya.
Beliau turut menekankan kepentingan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan dasar serta penguatkuasaan tidak bercanggah dengan agenda nasional.
Katanya, kementerian akan terus membuka ruang perbincangan bersama industri, agensi berkaitan dan pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, bagi memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar memberi impak positif kepada industri dan rakyat.
Mengenai Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) pula, King Sing berkata pengukuhan kerjasama antara kerajaan dan industri akan terus diperkasa bagi membina sektor pelancongan yang adil, berdaya tahan dan mampan untuk jangka panjang negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan memberi fokus kepada penguatkuasaan terhadap aktiviti pelancongan tidak berlesen yang merugikan industri serta hasil negara.
- Industri pelancongan perlu operasi dalam keadaan yang lebih teratur dan seimbang dari segi peraturan dan penguatkuasaan.
- Isu-isu seperti peraturan, penguatkuasaan tidak adil, dan ketidakseimbangan industri pelancongan mendapat perhatian kementerian untuk penambahbaikan serta pembinaan landskap pelancongan negara yang lebih mampan.