Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas

Astro Awani
Januari 28, 2016 06:31 MYT
Najib mengumumkan tentang Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Gambar hiasan
Dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, isu pendidikan turut disentuh.
Beliau mengumumkan mengenai empat program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan diteruskan iaitu:
1) Program Biasiswa Nasional bagi 20 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka seluruh dunia.
2) Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
3) Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, pengajian peringkat ijazah pertama di IPTA dan IPTS dalam negara.
4) Pengambilan baru 8,000 pelajar untuk diberikan biasiswa bagi pengajian yang ditetapkan di peringkat ijazah pertama dalam negara.
Saksikan pautan video berikut:
VIDEO: Ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
BACA: Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
#Bajet 2016 #biasiswa #JPA #Najib Razak #pendidikan #pengubahsuaian