Pengukuhan dolar AS tidak jejas pendapatan, perbelanjaan kerajaan - Anwar

Bernama
Mac 14, 2023 04:58 MYT
Anwar berkata ringgit masih kekal positif berbanding mata wang pound Britain, yen Jepun, dolar Australia, yuan China dan rupiah Indonesia. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pengukuhan dolar AS setakat ini tidak menjejaskan hasil dan perbelanjaan kerajaan meskipun harga makanan, terutamanya import benih dan baja menerima tempias berikutan kelemahan ringgit berbanding mata wang berkenaan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ringgit masih kekal positif berbanding mata wang pound Britain, yen Jepun, dolar Australia, yuan China dan rupiah Indonesia.
''Tetapi ketimbang (berbanding) dolar AS (yang) jatuh, nasib baik pendedahan kita kepada hutang berdasarkan dolar AS jauh lebih rendah daripada sebelumnya dan seperti yang saya sebut, bayaran dolar AS ini termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB)," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Sebelum itu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta kerajaan menyatakan kekuatan fiskal negara ekoran mata wang ringgit yang semakin lemah dan solusi bagi mengimbangi situasi itu.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #pengukuhan dolar AS #ekonomi malaysia