KUALA LUMPUR: Proses pengundian semula Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2024) bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Ahad, berlangsung dengan lancar dan dalam keadaan terkawal.
"Lancar, tidak ada gaduh-gaduh dan lebih lengang-lengang sepi," menurut sumber Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Katanya, kira-kira 6,000 pengundi hadir untuk proses pengundian semula itu.
"Namun jumlah sebenar pengundi yang hadir di WTC hanya akan diketahui oleh penganjur proses pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur iaitu KPU (Komisi Pemilihan Umum)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pusat mengundi di WTC bagi warga Indonesia di perantauan sempena Pemilu 2024 merupakan yang terbesar di dunia.
Katanya, pengundian menerusi Kotak Suara Keliling (KSK) atau peti undi bergerak yang sepatutnya dibawa ke kilang-kilang, lokasi bekerja dan penempatan warganegara Indonesia di Malaysia tidak dapat dilaksanakan kerana ada tempat kerja yang ditutup pada Ahad kerana cuti hujung minggu.
Selain itu maklumat dari KPU mengenai proses pengundian semula yang dimaklumkan pada saat akhir menjadikan banyak pengundi tidak dapat hadir di WTC. Maka kertas undi dari KSK dijangka jauh lebih rendah, katanya.
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.
Antara yang mengundi pada proses pengundian semula hari ini ialah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.
Bernama pada Sabtu melaporkan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan ia telah menerima pemberitahuan rasmi dari KPU Pusat Jakarta untuk mengadakan proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur.
Laporan media Indonesia menyatakan pengundian semula itu melibatkan 62,217 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,372 individu yang akan mengundi di WTC dan 19,845 individu melalui peti undi bergerak di 120 lokasi.
Pengundian semula dilakukan selepas Polis Indonesia mendapati terdapat unsur jenayah pelanggaran pilihan raya membabitkan manipulasi data dan pemalsuan yang dilakukan oleh tujuh Panitia Pemilihan Luar Negeri Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak. - Gambar fail/BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.