awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung ke Melaka dinasihat tidak halang lalu lintas

Bernama
Bernama
20/02/2024
06:09 MYT
Pengunjung ke Melaka dinasihat tidak halang lalu lintas
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan secara berhemah jika berlaku perbuatan seumpama itu. - Gamabr fail
MELAKA: Polis menasihati orang ramai yang berkunjung ke Melaka sempena cuti umum negeri hari ini supaya tidak menghalang laluan kenderaan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata pihaknya akan mengambil tindakan penguatkuasaan secara berhemah jika berlaku perbuatan seumpama itu terutama di kawasan tumpuan pelancongan yang ditawarkan masuk secara percuma.
"Jangan sekali-kali meletak kenderaan di kiri kanan jalan di laluan utama dan pastikan kenderaan anda selamat terutama di tempat-tempat tumpuan pelancongan yang diberi masuk secara percuma hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan Melaka sebelum ini mengumumkan 10 lokasi tumpuan pelancongan secara percuma sempena cuti umum sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1956 pada hari ini.
10 lokasi itu ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Themepark, Taman Laut Negeri Melaka, lima Kelab Golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studio.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#lalu lintas
#polis
#halangan lalu lintas
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan