KUALA LUMPUR: Pengunjung kelab malam, individu ingkar arahan kuarantin dan mereka yang degil melakukan kesalahan berulang adalah kumpulan yang akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengenakan denda maksimum kepada mana-mana individu kerana kompaun yang dikenakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu boleh dirayu.
Beliau memberitahu, sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menjelaskan bahawa kompaun maksimum hanya akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan berulang.
"Pertama kali sudah diberi amaran, kedua dikenakan denda, tapi ulang lagi kali ketiga, keempat, kelima.
"Keduanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dari awal lagi saya mengingatkan kelab malam berada dalam senarai terlarang untuk dibuka semula, tetapi setiap hari ada sahaja tangkapan dibuat.
"Mereka inilah saya kira perlu dikenakan kompaun yang tinggi sebab degil," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kompaun maksimum juga boleh dikenakan kepada mereka yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah serta dipakaikan gelang namun ingkar arahan itu dan keluar.
"Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana tindakan mereka itu boleh mengakibatkan kematian kepada orang lain," tambahnya lagi.
Pada masa yang sama katanya, beliau memberitahu, kompaun RM1,000 yang dikenakan sebelum ini adalah digubal berdasar interpretasi pada tahun 1967.
"Pada ketika itu jumlah kompaun RM1,000 adalah relevan, jadi berdasarkan keadaan semasa, kerajaan meminda jumlah itu kepada RM10,000.
"Saya tahu ramai marah, tidak puas hati kerana beranggapan akan menjadi mangsa undang-undang yang keras.
"Sebelum ini, kita marah dengan kes membabitkan kilang yang mengakibatkan penularan COVID-19 kerana lebih 4,000 pekerja mereka positif. Denda RM1,000 dikenakan kerana Akta 342 hanya mengehadkan kompaun berjumlah RM1,000.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021

Ismail Sabri Yaakob berkata, pengunjung kelab adalah antara yang akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000. - Gambar fail/PDRM

Suspek curi kereta cuba rempuh polis, dua das tembakan dilepaskan
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek berjaya meloloskan diri.

PKPD di 8 lokaliti di Tawau serta Sungai Passin, Mukah
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti di daerah Tawau, Sabah bermula dari 12 April hingga 25 April 2021.

15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Nilai kompaun RM10,000 boleh kurang jika buat rayuan - Takiyuddin
Nilai kompaun RM10,000 boleh dikurangkan berdasarkan budibicara pegawai diberikuasa, atau majistret yang mengadili kes berkenaan.

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

Pengunjung kelab malam, pesalah berulang boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000
Pengunjung kelab malam, individu yang dikuarantin dan mereka yang degil melakukan kesalahan berulang adalah yang akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Lee berkata bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.

Ingkar PKP: Kadar kompaun biar munasabah, sesuai dengan tempat dan keadaan - Armada Bersatu
Mohammad Siddiq berkata, kompaun perlu ikut kesesuaian tempat dan keadaan, selaras dengan niat dan matlamat mengawal penularan COVID-19.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lima tumpuan kenyataan media PKP hari ini
Berikut tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Februari.

14 lelaki diberkas ketika leka judi sabung ayam
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM25,000 di samping lima ekor ayam sabung.

Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Sambut hari lahir beramai-ramai, 17 individu dikompaun di Langkawi
Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata pihaknya mengesan sekumpulan indvidu sedang berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah rumah.