awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung pantai dinasihat elak aktiviti, rekreasi air

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/02/2022
22:45 MYT
Pengunjung pantai dinasihat elak aktiviti, rekreasi air
APM akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan ramai termasuk kawasan pantai. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Orang ramai diingatkan agar menggelakkan melakukan aktiviti di air ketika ini memandangkan tempoh 'edah' fasa monsun timur laut (MTL) masih belum berakhir.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, lazimnya musim tengkujuh yang bermula November lalu dijangka hanya akan berakhir Mac ini.
Katanya peringatan dan amaran itu bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
"Kalau kita tengok keadaan ombak dan angin agak kencang buat masa sekarang dan saya menyeru orang ramai agar menjauhi kawasan pantai dan elakkan mandi-manda di kawasan pantai.
"Kalau untuk berekreasi pun kita sedia maklum MTL akan berakhir pada hujung bulan 3 ini, insyaAllah selepas bulan 3, keadaan akan kembali pulih," katanya.
Justeru itu pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan ramai termasuk kawasan pantai.
Katanya pihaknya turut mengaktifkan pasukan penyelamat pantai termasuk di Pulau Redang, Pantai Bukit Kluang, Besut dan Pantai Rhu 10, Setiu.
Mohd Rosman berkata selain terlibat dalam operasi menyelamat, pasukan itu juga akan memberikan nasihat dan peringatan risiko kepada pengunjung.
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#Aktiviti air
#Pantai
#ombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan