awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan ansuran bulanan dilanjutkan selepas tamat bantuan Pemulih

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/10/2021
03:44 MYT
Pengurangan ansuran bulanan dilanjutkan selepas tamat bantuan Pemulih
Mohd Shahar Abdullah berkata, bank akan menyediakan pakej bantuan yang bersesuaian dengan kemampuan peminjam. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengurangan bayaran ansuran bulanan terus disediakan kepada peminjam yang masih lagi memerlukan bantuan bayaran balik selepas tamat tempoh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, bank akan menyediakan pakej bantuan yang bersesuaian dengan kemampuan peminjam.
"Sebelum ini kerajaan mengumumkan peminjam golongan B50 yang memenuhi syarat akan mendapat pengecualian faedah selama tiga bulan dan juga pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan keseluruhannya.
"Bagi peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman selepas pakej Pemulih tamat, bank-bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam," katanya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) mengenai pelanjutan moratorium dan kemungkinan kerajaan akan memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru.
Mengulas lanjut, Mohd Shahar menjelaskan, permohonan moratorium di bawah Pemulih masih dibuka kepada pemimjam yang memerlukan.
"Mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing dan sekiranya peminjam menghadapi kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) secara terus," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, peminjam juga boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan.
Program-program itu, kata beliau, dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan, dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang berkurangan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan program sokongan daya tahan kewangan.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#PEMULIH
#Moratorium
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan